Tuesday, 22 September 2015

Tips Amalan Hari Arafah Bagi Yang Tidak Mengerjakan Haji

Tips Untuk Amalan hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji:


    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tips Menjelang Hari Arafah: Rabu, 9 Dzulhijjah 1436H / 23 September 2015M.

Selami jadual berikut, lalu praktikkan pd hari ‘H’ nya.

1. Tidurlah lebih awal di malam Arafah utk saving energy, persiapan ibadah penuh pada Allah s.w.t.

2. Bangun sebelum subuh. Makan sahur secukupnya sambil berniat puasa Arafah.


3. Lakukan solat Tahajjud minimal 4 rakaat. Berdoa di kala sujud untuk kebaikanmu dunia-akhirat. Jangan lupa titiskan air mata. Kalau boleh, paksa utk menangis. Moga Rahmat & Ampunan Allah SWs.w.t.T turun untuk mu di malam itu. Tutup tahajjudmu dgn solat witir.

4. Jelang subuh manfaatkan waktu tersebut dgn beristighfar sehingga engkau termasuk golongan orang yang beristighfar di kala sahur (وبالأسحار هم يستغفرون)
5. Siap-siap solat subuh. Menjelang azan, gunakan sejenak untuk muhasabatunnafsi (introspeksi diri). Ambil wudhu dan rasakan ketika itu dosa-dosa mu gugur satu per satu bersama titisan akhir air wudhumu.

6. Jangan lupa baca doa setelah wudhu.

7. Solat subuh berjema’ah. Bayangkan jika itu adalah solat terakhirmu.

8. Lalu duduk bersila, teruskan dengan berzikir. Awali zikirmu dgn takbir.

9. Setelah itu lanjutkan dgn tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan seterusnya, juga baca Azkar Pagi hingga masuk waktu syuruq.

10. Setelah berlalu bertadarruslah dan bertadabburlah kalian drpd  Al Quran pd. Surah Al Kahfi 10 ayat yang terawal dan terakhir.

11. Setelah itu, boleh pilih; istirehat atau gunakan seluruh kesempatan itu untuk berzikir, tilawah qur’an dan berdoa.

12. Atau tidur satu jam dgn niat saving energy utk ibadah selanjutnya.

13. Bangun tidur langsung berwudhu dan solat duha minimal 4 rakaat. Lakukan variasi ibadah utk menghindari kejemuan.

14. Solat zohor berjama’ah. Lalu bertakbir, bertasbih dan baca Al-Qur’an.

15. Jika memungkinkan, akses internet, buka program yang menyiarkan live khutbah Arafah. Simak pesan2 khutbahnya. Ikrarkan diri tahun ini adalah tahun penerapan pesan-pesan Ilahi seutuhnya dalam kehidupan mu sehari-hari.

16. Solat asar berjama’ah, sambung dgn takbir dan azkar sore.

17. Baca Al-Qur’an hingga menjelang satu jam sebelum maghrib. Lalu mulailah berdoa dgn khusyu. Cuba bayangkan engkau sedang berdiri di hadapan Allah Rabbul ‘izzati wal jalal. Jangan lupa mendoakan saudara-saudari muslim yg teraniaya, terzhalimi di luar sana, di mana pun mrk berada.

18. Berdoa juga kepada Allah agar sebelum matahari terbenam engkau telah terbebas dari siksa neraka.



19. Semoga engkau mendapat taufik & inayah dari Allah dalam menjalankan tips2 ibadah & ketaatan ini. Dan mudah-mudahan juga Allah Yg Pengasih dan Penyayang menerima segala usaha, amal soleh dan permohonanmu.

20. Ketika azan maghrib berkumandang, pastikan engkau langsung ta’jil buka puasa. Ingat, doa org berpuasa tidak pernah di tolak oleh Allah s.w.t.

21. Jgn lupa reminder family & karib-kerabat serta org2 yg engkau cintai dengan  amalan agung ini. Syurga terlalu luas kalau hanya kita masuki seorang diri.

22. Insya Allah surga Firdaus dgn segala kenikmatannya kan menanti mu.

~Don’t say I can’t do it, but try! May Allah make it easy for you~

Semoga allah memberi kesempatan pd kita utk lakukan amalan ni.....aminnn

Wednesday, 19 August 2015

Apa Suplemen Yang Perlu Diambil Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Luka Pembedahan

Semalam saya dihubungi oleh rakan sekerja saya yang terpaksa mengambil CRK kerana adiknya baru sahaja selesai menjalani pembedahan selepas mengalami kemalangan kereta. Tulang belakang retak. Semalam dah buat pembedahan dan dimasukkan 8 biji skru dan 2 besi. Beliau bertanya tentang apa suplemen yang perlu diambil untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan. Terus tergerak hati saya untuk mengupdate blog berkenaan isu ini.

Sebelum menceritakan lebih lanjut lagi berkenaan makanan tambahan yang sesuai bagi orang yang baru sahaja dibedah, saya ingin kongsikan info tentang beberapa faktor kenapa luka orang yang telah menjalani pembedahan lambat sembuh:
1. bagaimana tubuh bertindak balas terhadap proses penyembuhan.
2. warga emas
3. pesakit yang mengalami masalah berat badan akibat malnourishment (terutamanya kekurangan unsur zinc dan protein)
4. pesakit yang kekurangan vitamin C
5. pesakit kronik seperti diabetes
6. pesakit kanser yang dirawat dengan radiotheraphy atau chemotheraphy.
7. pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan sterois
8. penghisap rokok



Antara vitamin atau suplemen yang sesuai untuk diambil oleh pesakit yang baru dibedah ialah:
1. Vita-Lea Multivitamin
2. Vitamin C
3. B - Complex
4. Zinc Complex 
5. Energizing Soy Protein (ESP)
6. Ostematrix
7. Vitamin E


Vitamin-vitamin dan mineral ini mengandungi  kandungan yang boleh membantu mempercepatkan masa untuk proses penyembuhan kulit dan tisu.


FUNGSI VITA-LEA MULTIVITAMIN






Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Mengandungi Vita B5 yang bertindak meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka. Begitu juga kandungan zink yang terdapat di dalam multivitamin ini dapat memperkasakan sistem imun, dan  percepat sembuhan luka. Ianya sangat disarankan untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi pesakit yang baru sahaja dibedah. Dicadangkan setiap hari , pesakit hendaklah makan 2 kali sehari, 2 biji setiap kali selepas makan.



FUNGSI VITAMIN C


Vitamin C berfungsi membantu memulihkan sel-sel badan dengan cepat. Pesakit yang mengambil vitamin C, selalunya luka akan lebih cepat sembuh jika. Vitamin ini juga bertindak membantu pembentukan kolagen dalam badan serta membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita. Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan akan mengalami tahap imuniti yang rendah.

FUNGSI B-COMPLEX

B-Complex mampu mengatasi kelesuan pada tubuh,  penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang (anti stress). B Complex sangat penting untuk saraf dan untuk orang yang baru sahaja menjalani pembedahan. Biasa pesakit ini akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Oleh itu, mereka sangat memerlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami.

FUNGSI ZINC COMPLEX


Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Selalunya orang akan cari ikan haruan untuk membantu merawat luka selepas bersalin atau selepas pembedahan. Ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi, jadi ia membantu mempercepat pemulihan luka dalam badan.

FUNGSI OSTEMATRIX


Vitamin D dalam Ostematrix ini dapat meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, dan memperbaiki penyakit periodontal. Oleh itu ianya sangat sesuai bagi pesakit yang menjalani pembedahan tulang. Kandungan Magnesium dalam Ostematrix ini pula menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Ianya merupakan ion positif nombor dua penting di dalam tubuh kita. Mineral ini membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.

FUNGSI ESP

ESP pula membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

FUNGSI VITAMIN E
Vitamin E berfungsi membantu membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan (stretch mark) pada luka pembedahan, memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Di samping itu juga, vitamin E berperanan mengukuhkan sistem imuniti, membaiki DNA dan proses metabolisme serta bertindak sebagai antioksidan. Cairan dalam kapsul vitamin E boleh juga disapukan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut.


NOTA: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

Kebanyakan luka pembedahan yang kecil biasanya akan sembuh dengan cepat. Namun begitu, luka pembedahan yang agak besar (major surgery) selalunya memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Ini menyebabkan ianya agak berisiko akan dijangkiti kuman. Antara tanda-tanda luka tersebut dijangkiti kuman apabila luka tersebut bengkak, sakit, warna berubah menjadi agak gelap, dan terdapat nanah. Selain itu, beberapa komplikasi lain seperti pembentukan parut keloid (parut yang melampau), dan gangrene. Jika ini berlaku, dapatkanlah nasihat daripada doktor dan jururawat yang merawat.


Bagi yang berminat nak mencuba Set Suplemen untuk Luka Pembedahan ini,  boleh menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

FB: Ummu Mardhiyyah| Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]| Nombor Telefon: 013-8974397|Email: ummumardhiah81@gmail.com


 

Sunday, 16 August 2015

Set Sendi Yang Berkesan Mengatasi Masalah Lutut

Pernah tak mak atau ayah atau anda sendiri mengadu sakit pada lutut dan sendi-sendi terutama apabila setiap kali bangun daripada duduk? Lutut pun terasa mencucuk? atau terasa tegang, lenguh, bengkak , sakit atau berkeriut bunyi di bahagian sendi-sendi? Sekiranya pernah, itu adalah simptom-simptom sendi tidak sihat. Jangan biarkan masalah sendi ini menghalang anda ataupun orang-orang tersayang untuk bergiat aktif dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.


Terdapat pelbagai cara untuk melegakansakit sendi ini iaitu melalui ubat atau suntikan dan pembedahan. Sekiranya pesakit mendapatkan ubat atau suntikan, ianya hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja, dan berisiko merosakkan organ-organ dalam tubuh badan. Manakala melalui kaedah pembedahan,  ianya melibatkan kos yang mahal dan pergerakan pesakit akan terhad dan agak terbatas.

Dalam Shaklee, terdapat set vitamin yang sangat berkesan membantu menyokong kesihatan sendi berpanjangan. Ianya merupakan kaedah pendekatan semulajadi untuk membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat sekaligus membantu pesakit untuk kekal aktif. Ini terbukti melalui testimoni-testimoni beberapa orang pengguna set vitamin Shaklee untuk sendi dan lutut.



Dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee ini, terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu Advance Joint Health, Ostematrix dan Omega Guard. Kebaikan Set Kesihatan Sendi Shaklee ini ialah:
1. Menyokong kesihatan tisu kolagen sendi
2. Menguatkan tulang rawan dan mengelakkan masalah osteoarthritis
3. Menghilangkan sakit sendi , rheumatoid, artrithis
4. Menghilangkan keradangan/ inflamasi pada sendi
5. Kembali aktif, bergerak dengan lancar tanpa rasa sakit
6. Sangat bagus untuk jantung 


Fungsi Advance Joint Health

Fungsi Ostematrix

Fungsi Omega Guard



Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang. Tampak kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya buat mak ayah kita.

Seriously, percayalah. Selepas mengamalkan Set Kesihatan Sendi ini, insha Allah, sakit lutut akan hilang, tiada lagi masalah sakit setiap kali nak bangun dari duduk dan nak naik tangga. Hadiahkanlah set ini untuk mak ayah insan yang paling penting dalam hidup kita.

Bagi yang berminat nak mencuba Set Kesihatan Sendi ini,  boleh menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

FB: Ummu Mardhiyyah| Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]| Nombor Telefon: 013-8974397|Email: ummumardhiah81@gmail.com


 

Tuesday, 4 August 2015

Pengedar Shaklee Kota Belud, Tenghilan, dan Tuaran (Terkini)

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera ^_^

Saya sengaja letakkan tajuk entri hari ini dengan tajuk Pengedar Shaklee Kota Belud, Tenghilan dan Tuan Terkini sebab ramai yang tertanya-tanya, saya masih aktif lagi ka sebagai pengedar Shaklee? Ini mungkin disebabkan artikel saya berkenaan "Agen Shaklee Kota Belud" yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu pada tahun 2014 (http://ummumardhiah81.blogspot.com/2014/03/shaklee-kota-belud.html ) .

Jawapan pada persoalan tadi ialah Ya ^_^. Saya pemilik akaun FB: Ummu Mardhiyyah, admin FB Page Rahsia Cantik, Luar dan Dalam dan Moms & Kids Choice Collection  masih bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan Shaklee. Insha'Allah , saya bercita-cita ingin menjadikan Shaklee ini sebagai kerjaya saya untuk jangka masa panjang. Doakan saya ya ^_^

Mesti ramai yang tercari-cari Pengedar Produk Shaklee di Kota Belud, Tenghilan dan Tuaran kan? Mau pigi ke Shaklee Branch Kota Kinabalu macam agak jauh ba kan.. nda apa, jangan risau.. bila-bila masa saja anda boleh menghubungi saya. Saya pengedar Sah Shaklee di daerah Kota Belud. Kalau mau COD depan rumah pun boleh, inshaAllah tiada masalah, saya boleh hantarkan terus kepada anda . Mau jumpa di Pekan Kota Belud, di Pekan Tuaran pun boleh ^_^
Boleh hubungi saya di nombor 0138974397 (Whatsapp/Telegram/SMS/ Call) atau boleh add FB saya Ummu Mardhiyyah ^_^.

Kalau mau jadi member Shaklee pun boleh, anda boleh hubungi saya di nombor yang saya nyatakan di atas. Bayaran keahlian hanya RM69 seumur hidup. Saya akan tolong daftarkan anda secara online di Shaklee2u.com.my. Anda hanya perlu maklumkan kepada saya maklumat details seperti:
1. Nama penuh
2. No.Kad Pengenalan
3. Email
4. Alamat
5. No.telefon
6. No.akaun apa sahaja bank(untuk memudahkan Shaklee Bank in Bonus sekiranya ada jualan atau belian melebihi 150 UV)
7. Nama suami (jika sudah berkahwin)
8. No.Kad Pengenalan Suami
9. No.Telefon Suami.
Kalau nda mau jadi ahli Shaklee dan teringin mau pergi Shaklee Branch Kota Kinabalu pun boleh. Anda boleh menggunakan ID saya untuk membeli produk Shaklee di sana. SID saya; 868307. Mau tahu di mana lokasi Shaklee Branch Kota Kinabalu? Boleh tengok peta di bawah ni aa (^_^)


 Ni alamat Branch Shaklee di Kota Kinabalu:

Lot 4.1, Neutron Point, 
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.


Tapi kadangkala kita mau  cepat ba dapat barang kan, inshaAllah stok saya sentiasa ada terutama produk-produk yang hot seperti Set Kesuburan Shaklee, Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Penyusuan Shaklee, Set Kulit Cantik Shaklee, Set Turun Darah Tinggi, Set Kencing Manis, Set Gout,  Set Slimming Shaklee, Set Detox Shaklee, Set Diet Budget, Set Gastrik Shaklee dan macam-macam lagi. Kalau pun sekiranya produk yang anda mahu ndada stok saya, anda boleh bagitahu saya, saya boleh "berlari" pigi Branch Shaklee, dan belikan khas untuk anda.

Dalam artikel hari ini, saya update beberapa aktiviti-aktiviti terkini pengeposan dan penghantaran COD yang saya "laporkan" dalam status FB saya atau akaun Intagram saya . hehehe. Bah,ok. jangan malu-malu. Call saja saya bila-bila jak ^_^


Friday, 19 June 2015

Rahsia Kulit Wajah Cantik Berseri

Assalamu'alaykum wbt

Hari ni hari ketiga bulan Ramadhan. Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba, tiba-tiba hari ni datang idea nak share pada kawan-kawan pembaca tentang bagaimana nak dapatkan kulit cantik berseri di hari raya nanti. Sudah menjadi lumrah manusia inginkan kecantikan. Untuk memiliki wajah yang sihat dan cantik berseri, kita semestinya "membelainya" dari luar dan dalam. Jika mempunyai dana lebih, sudah tentu ramai yang sanggup untuk merawat kulitnya agar kelihatan sihat, cantik berseri bak retis-retis. kan. kan? ^_^ Dalam Artikel kali ini, saya nak share rahsia kulit cantik berseri, bebas daripada jerawat dan kulit kusam serta tona kulit yang tidak sekata.

Antara Rahsianya:
1. Rajin mencuci muka- wajah yang sentiasa bersih akan tampak cerah dan sihat. Cuci muka dengan pembersih muka yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan lembut sekurang-kurangnya 3 kali

2. Kerap melakukan Masker Alami - bahan bengkoang, susu, tomato, timun atau putih telur. Lakukanya 2 atau 3 kali seminggu.

3.Pengelupasan Sel kulit mati - Lakukannya seminggu atau dua minggu sekali.

4.Pengewapan air rebusan daun sirih - Hasilnya kulit akan terasa segar dan kencang/ tegang.
5.Gunakan sunblock kalau keluar rumah - sinar UV matahari boleh menjejaskan kesihatan kulit dan seandainya kulit sentiasa terdedah pada cahaya matahari, kulit akan bertambah gelap dan menjadi kusam.

6. Sering tersenyum ceria. Ini tips paling mudah dilakukan. Sentiasalah tersenyum, gembirakan hati dan positifkan minda ^_^

Nak tahu satu lagi tips untuk memiliki kulit wajah yang sihat, mulus secara semulajadi? mari klik video di bawah ini.



Ok. Mudah-mudahan  tips yang saya kongsikan dalam entri ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan kepada kawan-kawan yang mengalami masalah kulit setelah sekian lama. Jangan berputus asa.Insha Allah berkat doa dan kesungguhan anda, anda pasti berjaya memiliki kulit yang sihat dan cantik. 


Nak tahu lagi? Dalam produk Shaklee, kita ada beberapa jenis vitamin yang sangat disarankan untuk diambil bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan kulit antaranya ialah:
1. Shaklee Collagen Powder  
2. Vivix
3. Vitamin E (promosi Jun 2015)
4. Vitamin C (Promosi Jun 2015)
5. Energizing Soy Protein, ESP
6. Vitalea multivitamin
7. Ostematrix
8.B complex

Mari kita lihat beberapa testimoni daripada pengguna vitamin Shaklee yang mendapat kulit yang sihat selepas mengamalkannya beberapa tempoh yang tertentu.

Testimoni pengguna Vitamin C, Vitamin E, B complex dan ESP Shaklee


Testimoni kulit tidak lagi berminyak dan berparut
0p.op.. sebelum nak habis penulisan ni, saya nak kongsi sedikit lagi, tentang set penjagaan luaran shaklee seperti pembersih dan pelembab kulit.  Bebas bahan kimia tau dan tidak ada kesan sampingan. Terdapat tiga jenis Set Penjagaan Muka Shaklee ni iaitu Set Nutriwhite (normal skin), Set Enfuselle (Normal to dry skin) dan Set Enfuselle (Normal to oily skin).


Berminat nak lebih tahu tentang produk Shaklee dan ingin tahu produk apa yang sesuai untuk anda serta bagaimana nak mendapatkannya? Anda boleh menghubungi saya terus:
FB: Ummu Mardhiyyah | No.telefon: 0138974397 |
SID: 868307| Email: ummumardhiah81@gmail.com

Wednesday, 17 June 2015

Vitamin Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Assalamu'alaykum. Ramadhan Kareem. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan 1426 Hijrah kali ini, saya ingin berkongsikan tips untuk minum air 8 gelas sepanjang bulan Ramadhan dan berkongsi info tentang vitamin yang membantu untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.
Berikut adalah tips untukminum 8 gelas air sepanjang Ramadhan:

1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas sebelum makan sahur
1 gelas selepas sahur
1 gelas selepas berbuka
1 gelas sebelum terawih
1 gelas selepas terawih
1 gelas sebelum tidur


Oh iya, untuk pengetahuan semua,  dalam Shaklee kita ada vitamin yang disarankan untuk diambil bagi mereka yang ingin kekal bertenaga sepanjang berpuasa iaitu Mighty 3 Gems Set. Set ini terdiri daripada ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Ketiga-tiga minuman ini sangat sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadhan atau di bulan lain ketika kita berpuasa.


Kebaikan ketiga-tiga produk ini:
1. Membantu untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari
2. Meningkatkan tahap penumpuan dan kepekaan
3. Memelihara kesihatan secara menyeluruh
4. Mencegah dehidrasi dan kekeringan
5. Mengelak air susu ibu menjadi kering atau berkurang

Siapa yang paling disarankan untuk mengambil suplemen ini?
1. Ibu hamil yang berpuasa
2. Ibu menyusu yang berpuasa
3. Anak-anak yang dilatih untuk berpuasa
4. Penghidap masalah gastrik
5. Anda yang bekerja di tengah terik matahari
6. Pekerja
7. Warga emas
8. Pelajar


Bersama ini saya kongsikan testimoni pengguna ibu menyusu yang mengamalkan suplemen Mighty 3 Gems Set dan tidak menghadapi masalah susu kering. M3G ^_^ Terbukti berkesan


Mari kita saksikan video ini, kakak ni 7 tahun dapat menyusukan anak di bulan Ramadhan. Apakah rahsianya kekal bertenaga sehingga berbuka puasa.


Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.


Anda berminat untuk mencuba minuman segar, berkhasiat dan memberi tenaga ini, anda boleh hubungi saya: |Suzana Binti Hj.Saman|SID:868307| email:ummumardhiah81@gmail.com|  FB: Ummu Mardhiyyah| No.Telefon: 0138974397|

Monday, 4 May 2015

Performance Drink Shaklee Minuman Atlet

Ketika menyertai larian 4x100 meter bagi acara terbuka dalam Majlis Sukan Peringkat Sekolah, saya minum Performance Drink. Performance Drink adalah minuman terbaik untuk Atlet. hehehe. Kawan-kawan kata "lajunya berlari. Nampak Bertenaga". Terus disebut-sebut sebagai duta Shaklee sekolah. Aiseymannn ^_^



Pada 15 - 17 April 2015, saya dan beberapa orang rakan sekerja ditugaskan menjadi guru pengiring Bola Jaring yang mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Jaring peringkat Daerah Kota Belud, di SMK. Tambulion.

Pada hari pertama pertandingan, saya tidak membekalkan Performance Drink untuk pasukan Bola Jaring saya. Saya cuma menyediakan Sandwich telur sahaja untuk sarapan pagi mereka. Tapi pada hari keesokan harinya saya bercadang membelanja mereka minuman Performance Drink Shaklee. Oleh kerana saya tak sempat nak bancuh awal pagi , saya bawa terus 1 canister Performance Drink yang dah dibuka dari rumah.

Sampai sahaja di SMK. Tambulion, selesai sarapan dan 1 jam sebelum permainan saya arahkan pemain-pemain meminum minuman Performance Drink mereka (saya cuma letak 1 sudu teh performance drink dalam setiap botol minuman para pemain. 1 botol mengandungi 500ml. Selepas permainan berlangsung, semua pemain-pemain memberi respons positif. 

"Ustazah, best betul tau minuman ni. Rasa macam bertenaga jak masa main tadi"

"Ustazah, masa main tadi, tidak terasa haus pun"

"Ustazah, selepas tamat permainan tadi, rasa macam mau main jak. Tidak terasa penat oo"

Begitulah respons anak-anak pelajar semasa saya bawa mereka menyertai pertandingan bole jaring di peringkat Daerah Kota Belud.

Apa kebaikan Performance Drink?
1. Meningkatkan daya ketahanan badan
2. Membekalkan daya tenaga dan ketahanan fizikan
3. Mengelakkan badan kehilangan air
4. Mengekalkan paras gula


Siapa patut ambil Perforance Drink?
1. Atlit
2. Orang yang berpuasa
3. Pesakit yang menjalani pembedahan
4. Orang yang selalu keletihan
5. Orang yang selalu lewat tidur malam
6. Orang yang paras gula rendah
7. Orang yang tiada selera makan
8. Orang yang menjalani gaya hidup aktif dan lasak


Jika anda berminat untuk mencuba minuman segar, berkhasiat dan memberi tenaga ini, anda boleh hubungi saya: |Suzana Binti Hj.Saman|SID:868307| email:ummumardhiah81@gmail.com|  FB: Ummu Mardhiyyah| No.Telefon: 0138974397|


Saturday, 11 April 2015

Punca Susu Ibu Merudum

Assalamu'alaykum And Hai mommies. Entri kali ini saya nak kongsikan informasi tentang punca susu ibu merudum. Sebelum itu, saya nak tanya beberapa soalan yang mommies kena jawab :

 1.Adakah sesi perahan dan sesi penyusuan terus dilakukan secara konsisten?

 2.Adakah ibu sentiasa tertekan/ stress di tempat kerja atau persekitaran anda?

3.Adakah ibu tidak sihat?

4.Adakah ibu kurang minum air yang cukup seperti yang disarankan iaitu tiga liter sehari?

5.Adakah ibu sedang mengambil pil perancang?

6.Adakah ibu sedang mengandung?

7.Adakah ibu sedang mengikuti diet yang ketat?

8.Prestasi pam payudara ibu, bilakah kali terakhir ibu
 servis breastpump? Satu tahun ke atas?

Mommies, jika jawapan bagi setiap soalan ialah "YA". Maka ada kemungkinan besar, itulah punca susu ibu jadi merudum.

JANGAN risau, bersama artikel ringkas ini saya lampirkan tips untuk merangsang dan membantu menambahkan air susu ibu.

 1.Penjagaan diri, hati dan persekitaran mommies.




 2.Amalkan pemakanan mommies yang sihat.
I) Perbanyakkan makan makanan yang dikatakan mampu merangsang pengeluaran air susu ibu.

 II) Minum air masak/ air mineral tiga liter sehari

 III) Amalkan makan makanan tambah yang membantu ibu sihat, gembira dan seterus berupaya merangsang pengeluaran air susu ibu. Contohnya produk shaklee . Terdapat beberapa vitamin dalam Shaklee yang disarankan diambil oleh ibu yang menyusu badan.


Jika anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya: |Suzana Binti Hj.Saman|SID:868307| email:ummumardhiah81@gmail.com|  FB: Ummu Mardhiyyah| 0138974397|































Thursday, 9 April 2015

IKHLAS

"Ikhlas adalah rahsia antara Allah SWT dan hamba-hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga dia tidak berkuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaithan, sehingga dia tidak berkuasa".

 Tidak ramai orang memahami makna ikhlas sekalipun oleh orang yang baru berusaha untuk menjadikannya sebagai amalan. Kata-kata ini sangat difahami oleh orang yang sudah lama merasai dan menikmati kelazatan beribadah kepada Allah SWT.

 Makna IKHLAS

 IKHLAS adalah bermaksud ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan , yang dinampakkan, hidup atau mati hanya untuk redha Allah SWT semata-mata.

Para 'ulama mengatakan ikhlas ialah:

1. Mengkhususkan tujuan semua perbuatan kepada Allah SWT semata-mata.
 2. Melupakan pandangan manusia sehingga kita hanya melihat Yang Maha Pencipta saja.
 3. Tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang tetapi hanya mengharap Pandangan Allah SWT.


IKhlas merupakan KUNCI AMALAN HATI. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan. Ini kerana, diterima atau tidaknya suatu amal akan bergantung kepada keikhlasan hamba yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT sahaja.


Semoga segala amal soleh kita diterima Allah. Aameen.


P/s: penulisan artikel ini digarap melalui kitab "Islahul Qulub" (Penyucian Hati) karangan Amru Khalid.


 FB: Ummu Mardhiyyah
 0138974397
 Pendakwah Bebas di sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Bongawan dan Papar















Monday, 6 April 2015

CACAT TETAPI...

Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.

Salah satu soalannya:
"Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ini".


"Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap  dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki."

"Tapi tuan juga tidak mampu melihat."

"Ya, betul itu, saya tidak ada peluang memandang perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka."

"Tapi apa yang tuan ada?"

"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa BERSANGKA BAIK dengan ALLAH. Dengan mulut ini jugalah saya MAMPU BERZIKIR dan MEMBACA AL-QURAN. ALhamdulillah."

MORAL/ IKTIBAR:
* Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia 
   adalah satu kelebihan.
* Sentiasalah bersangka baik pada Allah.
* Sabar dan Redha atas ketentuan ALlah adalah amat baik di sisiNya. Tidak  
   Dia membebankan seseorang itu melainkan atas kesanggupan mereka.

ESP MEMBANYAKKAN SUSU BADAN

Hari ini cikgu blogger saya sarankan saya menulis blog dengan cara mencari Keyword di google.com. hehe contohnya ESP membanyakkan susu badan ibu. Kebetulan pulak, "cucu Shaklee" saya yang sedang mengandung 30 minggu pm saya di WhatsApp (0138974397) menyatakan kegembiraannya. Baru sahaja minum ESP selama seminggu, dan usia baby dalam kandungannya berusia 30 minggu, air susu sudah keluar. Meh tengok print screen testimoni "fresh dari oven" ni hehehe

1 month ago, seorang customer saya bernama Syahirah yang saya panggil adik, baru sahaja seminggu consume ESP , air susu semakin banyak. Memilih ESP selepas menghubungi saya melalui FB saya Ummu Mardhiyyah dan FB Page saya "Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam kerana anaknya kurang berat dan susu badannya juga semakin berkurang.






Pasti dan terbukti ESP sangat berkesan membantu ibu-ibu sama ada ibu yang sedang hamil (risau tak de air susu bila bersalin nanti), atau ibu yang sedang berpantang untuk membanyakkan dan memekatkan air susu ibu.


Apa kandungan ESP?
  • mengandungi hanya kacang soya non-GMO (ia tidak diubahsuai secara genetik) dan diproses dibawah suhu rendah.
  • mengandungi 22 jenis asid amino dan merupakan satu-satunya produk dipasaran yg menyediakan 9 asid amino penting, yang tubuh manusia tidak boleh hasilkan. 

BAGAIMANA ESP MERIAHKAN SUSU IBU?
  • ESP boleh membantu dalam penyusuan ibu dengan mengisi kekurangan sumber nutrisi (protein dan kalsium) yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. 
  • Menurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari. 
  • Oleh itu, ESP dapat membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan penting dalam susu ibu.
  • Kesimpulannya,untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti seiring dengan pengambilan ESP, para ibu perlu mengamalkan teknik penyusuan yang betul, mengambil air yang cukup dan mempraktikkan jadual pam yang konsisten. Iaitu konsep supply and demand.
  • Selain bayi kenyang dengan susu yang dihasilkan, para ibu juga memperoleh bonus lain iaitu mereka akan lebih bertenaga dan mempunyai kulit yang cantik dan gebu. 
  •  
    ok, Sesiapa yang berminat nak mencuba ESP ni, bolehlah mencubanya dan menghubungi saya. Saya dah cuba, setiap 3 bulan selepas habis ESP, saya akan order semula. Why? sebab ianya sangat berkesan pada saya menambah air susu badan dan anak saya bernama Nur Syifa' Mardhiyyah sehingga kini masih menyusu badan walaupun sudah berusia 2 tahun 5 bulan ^_^. Apapun, semua ini adalah rezeki Allah. Susu ibu adalah kurniaan Allah dan hak untuk anak-anak kita.

    Puan Jannah [FB: Ummu Mardhiyyah] Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]
    013-8974397|ummumardhiah81@gmail.com


    FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam

    Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)

Sunday, 5 April 2015

PASIR MENJADI MUTIARA


Hari ini saya ingin mencoret kisah "Pasir Menjadi Mutiara". Alkisahnya.. di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut. 

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah -ludah pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cengkerang seluas-luasnya agar pasir dapat dikeluarkan , namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cengkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya,:
" Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada yang lebih baik?"

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia SEBUTIR MUTIARA yang asalnya hanya PASIR.


MORAL/ IKTIBAR:
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan AKAL, LIMA PANCAINDERA,  HATI & STATUS SEBAGAI KHALIFAH, apa agakya yang manusia mampu lakukan? ^_^ sama-sama kita renungkan dan muhasabah bersama.

Credit To: Majalah Solusi

Wednesday, 1 April 2015

APA ITU DETOX?

Apa itu detox?

Detox sangat penting untuk membantu mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Apabila toksin terlalu banyak di dalam tubuh seseorang, ini menyukarkan badan menyerap nutrien makanan yang kita makan sama ada daripada mana-mana makanan tambahan mahupun makanan harian yang diambil. Detox ialah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan najis besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sebab itulah detox itu sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya penyerapan nutrien adalah pada kadar optimum.

Apa dia pilihan makanan untuk detox? Jom klik gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.



Sistem penghadaman yang baik adalah ASAS kepada tubuh badan yang sihat.

Pernahkah anda mengalami masalah sembelit, demam, flu, kelebihan berat badan, selulit, kadar kolesterol darah berlebihan, lesu kronis, penyakit/gangguan dalam perut? Sekiranya pernah, ini menunjukkan anda perlu detox tubuh badan anda.

Badan yang dibebani dengan kandungan toksin yang tinggi akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kelesuan, kembung perut, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat (contohnya berjerawat, ruam gatal), tekanan mental, tidur yang tidak lena, daya tumpuan lemah, sakit tekak, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukosa yang tidak seimbang, badan agak berbau dan mukus berlebihan. 


Kesimpulannya, detox memang sangat penting tapi yang paling penting ialah menjaga kesihatan diri di dalam dan luar tubuh badan kita. Sama ada kita menjalani detox atau tidak, diet pemakanan yang diambil seharian hendaklah dijaga. Termasuklah dalam soal pemilihan pengambilan makanan tambahan seharian untuk menampung nutrisi yang kurang.

Anda sedang mencari produk untuk detox badan secara semulajadi? Shaklee mempunyai Super Detox Set dan Digestive Health Set.

Super Detox Set
(DETOX COMPLEX + ALFALFA COMPLEX + GARLIC COMPLEX)

Digestive Health Set
(PEPPERMINT- Ginger Plus + ESP + ALFALFA COMPLEX + HERB LAX)

Set Detox Bajet
(ALFALFA COMPLEX + HERB LAX)



ok, Sesiapa yang berminat nak mencuba Set Detox ini,  bolehlah mencubanya dan menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

Puan Jannah [FB: Ummu Mardhiyyah] Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]
013-8974397|ummumardhiah81@gmail.com

Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)

 
Full design blog:jiakreatifelt.com