Assalamu'alaykum dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah, hari ni diberi kekuatan untuk mengupdate blog yang dah lamaaa sangat2 terbiar buat seketika.. Sejak awal Disember ujian datang bertimpa-timpa.. Allahu Rabbi.. tak mampu untuk saya menghadapi semuanya jika tidak atas pertolongan ALlah SWT...
Pada 30.Januari,2014 bersamaan Malam Jumaat masuk 29.Rabi'ulawwal.1435H.. ayah saya kembali ke Rahmatullah di Unit Kecemasan, Hospital Kota Kinabalu, Sabah..alhamdulillah saya sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah Syahadat sedang ketika itu doktor sedang sibuk membuat CPR. Setiap kali saya mengajak ayah saya mengucap Syahadat, setiap kali itulah, ayah saya menarik nafas dan denyutan jantung kembali... kelihatan doktor lelaki yang sedang melakukan CPR ke atas dada ayah saya bercucuran air mata.. Dalam hati,masih menafikan bahawa ayah saya sedang menghadapi sakaratulmaut. Saya pegang di bawah ketiak ayah saya, masih terasa panas dan saya teruskan mengajak ayah mengucap berkali-kali sehinggalah sampai satu tahap terasa siku saya ditarik oleh seseorang (saya tak pasti sama ada doktor wanita atau nurse) dan mengatakan arwah dah tak de. Nurse kata denyutan jantung dan nadi arwah dah tak de pada jam 7.11 malam. Mereka minta izin saya untuk membersihkan jenazah ayah saya. Saya menangis dalam pelukan kakak sepupu saya Dyg Ratnah. saya dibawa ke bilik rehat. semua orang dalam kesedihan dan menangis terutama mak saya yang tak henti-henti menangis.
Saya usahakan untuk mengumpul kekuatan, saya keluar dari bilik rehat dan menuju ke katil di mana jenazah ayah saya masih terbaring. Saya berniat untuk membantu apa-apa yang boleh dibantu untuk menguruskan jenazah ayah saya. Kelihatan seorang nurse sedang mengikat kepala ayah saya untuk memastikan dagu dan mulutnya tertutup rapat. Saya kata pada nurse tu "Nurse, tolong pegang pelan2 ayah saya ya, tolong baca selawat ya masa nak pegang ayah saya. Dia sakit tu. Mati ni sakit sakit sangat". Kata nurse "Ya kak. inshaALlah". Saya bertanya lagi "Nurse, doktor ada ajak tak juga bapa saya mengucap Syahadat sebelum saya ajak ayah saya mengucap". "Ada jangan risau, inshaAllah ayah akak sempat mengucap". Tangan saya terketar-ketar memegang tubuh kaku ayah saya. Saya minta izin untuk membantu membetulkan ikatan di dagu arwah ayah saya. Setelah selesai, kelihatan ada sedikit air mata mengalir di hujung kelopak mata arwah ayah. Saya kesatkan air matanya dan saya cium dahi arwah ayah ..lama.. saya bisikan pada arwah ayah saya sayang dia saya minta maaf atas salah silap saya padanya.. Dalam hati, saya berazam, untuk sedapat mungkin, sekerap mungkin bersedekah pahala bacaan surah yassin buat arwah ayah. [Ya Allah permudahkanlah ya Allah]
Sampai saat ni saya tak percaya, bahawa saya dah kehilangan seorang ayah yang berwibawa, yang penyayang, penyabar dan pemurah hati.Anak-anak dan menantu menjadikan arwah sebagai idola sebagai seorang suami dan sebagai seorang bapa. Arwah sangat berusaha untuk menjaga hati orang, suka menghiburkan hati keluarga dan rakan taulan dengan senda guraunya. Suka menolong orang sekalipun ramai yang ambik kesempatan di atas keikhlasan hati arwah menolong mereka. Arwah seorang yang cukup tegas dan sangat pembersih. Suka memberi nasihat dengan bahasa yang boleh diterima hati. Tak suka barang bersepah dan berhabuk.
Sampai saat ini ni rasa seperti macam tak percaya ayah saya dah tak de.. Tiada lagi kata-kata nasihat dan motivasi dari bibir seorang ayah. Semua pesanannya sehingga kini akan diamalkan sedaya upaya. Apabila teringat pada arwah, pesan nenek, sedekahkan pahala bacaan Surah Yassin dan Alfatihah serta doa moga Ayah saya yang bernama Saman Bin Ag.Usop diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT, diangkat darjatnya di sisi Allah, diluaskan dan diterangi kuburnya dan dilindungi ALlah dari fitnah Kubur. Aameen ya Allah (T_T).. I really miss him right now...Hanya doa menjadi "penghubung" kami... Ya Allah berikan kami sekeluarga kekuatan di atas ketentuan Mu ini..Aameen ya Allah.
Saya teringat kata-kata ayah saya pada Disember 2013 "Jannah, nanti Bulan 2 tahun depan, ddy mau pegi umrah sama Tua Hj.Bakar kamu.. Nanti belanja ddy aa. RM1000 seorang untuk duit poket ddy"
saya jawab "Boleh bah dy".. [Dijadualkan ayah saya akan menunaikan Umrah bersama pakcik saya, sepupu arwah untuk bersama-sama ke sana pada 15.Februari.2014]
Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat menyatakan sesuatu kepada makciknya yang dipanggil Buda. "Buda, awal dan akhir sama jua nya ba kan... macam nda sempat mau pegi umrah ni"... Nenek Buda pun cakap "mana ulah... Jangan cakap macam miatu.. inshaAllah sembuh jua ku nanti"...Arwah ddy hanya diam membisu, tersenyum tawar..
Oleh kerana hajat ayah saya tak kesampaian, saya berniat nak buat upah umrah buat arwah ayah saya. Alhamdulillah, Ketika kenduri arwah yang ketiga, pakcik saya datang menyatakan hasratnya ingin bersedekah melakukan umrah buat ayah saya dan saya turut menyatakan hasrat saya untuk menunaikan hajat arwah. Syukur kepada Allah SWT, pada hari Ahad 9hb.Feb.2014 isteri abang sepupu saya membuat pembayaran barangan Shaklee sebanyak RM700+.. dan pada hari yang sama, pakcik saya datang untuk menyatakan prosedur melakukan upah umrah. Beliau menyatakan sediakan sahaja RM500. Kalau ada lebih, dia akan pulangkan duit tersebut. Dengan duit jualan Shaklee itulah saya membuat pembayaran untuk upah umrah buat arwah. Terasa semuanya dipermudahkan.
Pada 12.Februari.2014, selepas balik dari sekolah, saya terus singgah ke Tabung Haji untuk bertanyakan tentang Badal Haji. Saya berniat nak menunaikan hasrat murni ayah saya untuk menunaikan haji dengan melakukan Badal Haji. Pegawai Tabung Haji kata, saya kena datang ke Tabung Haji pada 1 Rejab 1435H sama ada pagi atau petang untuk pendaftaran dan dalam akaun Tabung Haji saya mesti ada duit sejumlah RM2500. Syukur alhamdulillah, duit dalam Tabung Haji saya dah terkumpul RM2000 hasil potongan gaji tiap-tiap bulan, InshaALlah mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan untuk menunaikan Badal Haji buat arwah daddy saya Saman Bin Ag.Usop. Doakan saya ya.
Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi maklumat pada pembaca diluar sana bagaimana prosedur untuk melakukan upah umrah dan Badal Haji buat kaum kerabat yang tak berkesampaian ke sana kerana telah kembali ke rahmatullah ataupun sakit tak berdaya untuk ke sana. Semoga dipermudahkan urusan kita. InshaALlah. Aameen.
ALFATIHAH buat ayahanda tercinta dunia akhirat...
Saya Pengedar Sah Shaklee
di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah
Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com
Produk ini
tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang
jenis penyakit.
Salam takziah buat kak jannah sekeluarga..semoga kak terus tabah..amin
ReplyDelete