Sunday 5 April 2015

PASIR MENJADI MUTIARA


Hari ini saya ingin mencoret kisah "Pasir Menjadi Mutiara". Alkisahnya.. di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut. 

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah -ludah pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cengkerang seluas-luasnya agar pasir dapat dikeluarkan , namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cengkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya,:
" Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada yang lebih baik?"

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia SEBUTIR MUTIARA yang asalnya hanya PASIR.


MORAL/ IKTIBAR:
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan AKAL, LIMA PANCAINDERA,  HATI & STATUS SEBAGAI KHALIFAH, apa agakya yang manusia mampu lakukan? ^_^ sama-sama kita renungkan dan muhasabah bersama.

Credit To: Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment

 
Full design blog:jiakreatifelt.com