Thursday, 9 April 2015

IKHLAS

"Ikhlas adalah rahsia antara Allah SWT dan hamba-hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga dia tidak berkuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaithan, sehingga dia tidak berkuasa".

 Tidak ramai orang memahami makna ikhlas sekalipun oleh orang yang baru berusaha untuk menjadikannya sebagai amalan. Kata-kata ini sangat difahami oleh orang yang sudah lama merasai dan menikmati kelazatan beribadah kepada Allah SWT.

 Makna IKHLAS

 IKHLAS adalah bermaksud ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan , yang dinampakkan, hidup atau mati hanya untuk redha Allah SWT semata-mata.

Para 'ulama mengatakan ikhlas ialah:

1. Mengkhususkan tujuan semua perbuatan kepada Allah SWT semata-mata.
 2. Melupakan pandangan manusia sehingga kita hanya melihat Yang Maha Pencipta saja.
 3. Tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang tetapi hanya mengharap Pandangan Allah SWT.


IKhlas merupakan KUNCI AMALAN HATI. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan. Ini kerana, diterima atau tidaknya suatu amal akan bergantung kepada keikhlasan hamba yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT sahaja.


Semoga segala amal soleh kita diterima Allah. Aameen.


P/s: penulisan artikel ini digarap melalui kitab "Islahul Qulub" (Penyucian Hati) karangan Amru Khalid.


 FB: Ummu Mardhiyyah
 0138974397
 Pendakwah Bebas di sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Bongawan dan Papar















No comments:

Post a Comment

 
Full design blog:jiakreatifelt.com