Berpantang adalah satu perkataan yang senang disebut tetapi prosesnya memakan masa yang lama dan boleh dikatakan amat rumit penjagaannya. Ada yang 40 hari, 60 hari dan ada yang berpantang selama 100 hari bahkan setahun. Rata-rata ibu-ibu moden tidak menyukai amalan berpantang ini. Hakikatnya berpantang merupakan amalan tradisi tinggalan nenek moyang kita turun temurun. Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana tips berpantang .
1. Mengurangkan koyakan ketika bersalin dan mengurangkan rekahan pada perut.
Sapukan minyak kelapa dara pada bahagian intim dan juga di perut. Amalkan meminum air kelapa atau minyak kelapa dara seawal 7 bulan kandungan.
2. Menyembuhkan luka pembedahan dan memulihkan sistem peranakan.
Biasanya untuk menyembuhkan luka pembedahan, nenek moyang kita akan memberi kepada ibu yang bersalin memakan ikan haruan atau gamat . Dua ciptaan ALlah ini amat terkenal dalam menyembuhkan luka.
Bagi ibu moden , yang sesetengahnya rasa loya apabila memakan ikan haruan atau gamat, boleh mengamalkan Zinc Complex Shaklee. Zinc Complex membantu dalam metabolisme Karbohidrat , lemak dan protein. Zinc COmplex juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin. Selain itu, ianya membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.
3. Mengurangkan angin dan toksin dalam badan.
Mandian herba merupakan amalan tradisi yang masih diamalkan sehingga sekarang. Ini kerana ianya terbukti berkesan memberikan kesegaran badan yang maksimun terutama kepada ibu yang bersalin.
* Terdapat pilihan pada ibu-ibu masa kini, sama ada nak buat sendiri bahan-bahan mandian herba tu dengan bantuan suami atau ahli keluarga lain, atau pun dengan menggunakan Mandian Herba yang sudah dikeringkan dan dikomersialkan (yang kini banyak terdapat di pasaran).
* Saya lebih suka mandi Mandian Herba yang original ^_^. Cabut dari bumi, cuci dan panaskan dalam periuk bertutup. Selepas mandi dengan Mandian Herba ni, memang menyegarkan ^_^
* Untuk alternatif, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan alfalfa Complex yang membantu mengurangkan toksin dalam badan disamping mempercepatkan pengecutan rahim .
4. Hangatkan badan ibu bersalin dan membuang angin dalam badan
Oleh kerana urat mengembang selepas bersalin, amalan bertungku menggunakan tungku herba dapat membantu menghangatkan badan. Jika ibu berasa sejuk, itu tandanya urat ibu mengembang dan angin mudah masuk. Sapukan pilis herba bada dahi bagi membuang angin.
Untuk amalan tambahan bagi membantu mengeluarkan angin dalam badan, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan Garlic Complex . Garlic Complex juga membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.
5. Membakar lemak dan perut buncit.
Sapukan halia yang sudah ditumbuk dibahagian perut atau boleh juga gunakan losyen khas untuk membantu membakar lemak dan perut buncit.
Anda juga boleh mengamalkan Lecithin, Omega Guard dan Herb Lax Shaklee untuk membantu mengatasi masalah lemak dan perut buncit sebagai kaedah alternatif dalam berpantang.
Amalkan pemakaian bengkung. Kini terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dipasaran. Ada bengkung moden dan bengkung tradisional. Terpulang kepada ibu-ibu ingin memilih bengkung yang mana satu , asalkan ibu-ibu memakainya dengan selesa dan pastikan kebersihannya terjaga.
Amalan pemakaian bengkung ini dapat mengembalikan bentuk tubuh dan pinggul yang ideal bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi.
7. Menghilangkan masalah keputihan, nyahkan bau kurang menyenangkan dan ketatkan bahagian rahim dan vagina
Ibu-ibu boleh mengamalkan mencuci bahagian Vagina dengan Air rebusan daun sirih bersama dengan beberapa biji buah Manjakani. Amalkanlah dalam tempoh berpantang dan bila-bila sahaja ^_^.
Amalan ini mampu mencegah jangkitan kuman dan membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan. Selain itu, ianya juga berkesan untuk merapatkan kembali bahagian intim wanita yang baru bersalin.
pssstt... alfalfa Complex Shaklee ibarat "kacip Fatimah" tau ^_^. Memang Awesome hasilnya*_*
8. Untuk melancarkan peredaran darah dalam badan
Sapukan minyak herba pada bahagian yang sesuai. Bagi saya sendiri, saya amalkan Minyak Herba Nonaroguy. Sedap je baunya dan rasa sejuk, pedas dan nyaman bila disapukan pada bahagian tertentu.
Kenapa Perlu Berpantang?
1. Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi
2. Membetulkan peredaran darah
3. Mengurangkan angin daripada badan
4. Mengurangkan sakit kepala
5. Melancarkan pengaliran air susu ibu
6. Mengelakkan angin meroyan dan Postnatal Depression
7. Membantu menstabilkan emosi
8. Membantu mengembalikan badan ibu seperti sediakala
ok, sekian dulu entri kali ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Semoga selamat melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang dengan perasaan yang gembira dan tenang ^_^
Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com
Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)
Situs Judi Online Casino | Situs Slot Online Terpercaya bet365 bet365 메리트 카지노 주소 메리트 카지노 주소 309La Liga 2021 (5인전놀이터 검증) - LS | la-liga-2021-7-10.bookmakers-en.online
ReplyDelete