Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.
Salah satu soalannya:
"Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ini".
"Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki."
"Tapi tuan juga tidak mampu melihat."
"Ya, betul itu, saya tidak ada peluang memandang perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka."
"Tapi apa yang tuan ada?"
"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa BERSANGKA BAIK dengan ALLAH. Dengan mulut ini jugalah saya MAMPU BERZIKIR dan MEMBACA AL-QURAN. ALhamdulillah."
MORAL/ IKTIBAR:
* Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia
adalah satu kelebihan.
* Sentiasalah bersangka baik pada Allah.
* Sabar dan Redha atas ketentuan ALlah adalah amat baik di sisiNya. Tidak
Dia membebankan seseorang itu melainkan atas kesanggupan mereka.
No comments:
Post a Comment