Saturday 7 February 2015

Jenis-jenis Ruam Yang Biasa Berlaku Pada Bayi

Amat jarang bayi terlepas daripada terkena masalah ruam. Ruam terjadi disebabkan kulit bayi yang agak terlalu sensitif dan sangat cepat bertindak balas yang menyebabkan bayi menangis akibat tidak selesa dengan keadaan kerengsaan yang berlaku. Selain ruam lampin , terdapat ruam panas dan ruam susu yang biasa berlaku pada bayi.


RUAM PANAS

Bayi yang mengalami ruam panas akan mengalami bintik-bintik merah seakan jerawat. Ia berlaku apabila keadaan cuaca panas yang akan menyebabkan bayi rimas dan merengek. Pada ketika ini juga, bayi akan merengek kerana berasa rimas.

Rawatan:
Cuaca panas akan menyebabkan persekitaran panas. Pastikan bayi anada memakai pakaian yang nipis dan keadaan bilik yang sederhana. Kain kapas dan baju jenis berlubang adalah fabrik pilihan yang terbaik bagi si manja anda yang mengalami masalah ruam panas ini.

Jika di rumah anda tedapat Get Clean Basic H2 Shaklee, anda boleh jadikannya sebagai rawatan sabun alternatif anak anda. Selesai mandi dengan menggunakan Basic H2, anda boleh sapukan multipurpose cream Herbal Blend Shaklee pada anggota badan bayi anda yang terkena ruam. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Sehingga ini, jika kedua-dua anak perempuan saya yang masing-masing berusia 4 tahun dan 3 tahun, jika mereka mengalami masalah kegatalan pada kulit, saya akan mandikan mereka dengan Get Clean Basic H2 Shaklee dan  Herbal Blend. setakat ni , alhamdulillah, memang berjaya merawat masalah kulit gatal dan ruam pada anak-anak saya.


RUAM SUSU

Ruam susu terjadi  apabila kehadiran bintik-bintik merah di bahagian muka, leher dan dada bayi. Biasanya , ianya berlaku disebabkan ibubapa bayi tersebut yang mempunyai sejarah masalah alergi atau bayi yang mendapat susu ibu daripada ibu yang memakan telur, daging ayam, seafood, kekacang dan makanan penyebab alergi yang lain. Malah ada juga bayi yang alah kepada susu yang berasaskan protein lembu iaitu susu formula.

Rawatan:
Bagi ibu yang menyusukan susu ibu kepada bayi, ibu perlu elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan alergi. Selain daripada itu, sebaik sahaja bayi anda habis menyusu, segera bersihkan baki susu yang terdapat pada pipi, leher dan dada bayi anda. Kemudia, dapatkan krim pelembab yang sesuai untuk merawat ruam susu ini. Antara cream yang terbaik yang saya gunakan ialah Multi-purpose Cream Herbal Blend Shaklee. Kulit akan rasa sejuk, nyaman dan melembabkan kulit. Bukan sahaja bayi, orang dewasa pun boleh menggunakannya. Sangat berkesan untuk merawat kulit kering di telapak kaki, siku dan lutut. Boleh dijadikn sebagai pengganti losyen untuk seluruh tubuh badan ^_^


Credit to: Majalah Pa & Ma, September 2014.
Editing:Ummu Mardhiyah ^_^


p/s: Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan Get Clean Basic H2 dan Herbal Blend Multi-Purpose cream, anda boleh menghubungi saya ^_^

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com


2 comments:

  1. Thanks for info kak Ummu......sangat bermanfaat sekali.

    ReplyDelete
  2. Your welcome Nila ^_^

    Moga dpt dimanfaatkan utk kita semua

    ReplyDelete

 
Full design blog:jiakreatifelt.com