Wednesday 19 August 2015

Apa Suplemen Yang Perlu Diambil Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Luka Pembedahan

Semalam saya dihubungi oleh rakan sekerja saya yang terpaksa mengambil CRK kerana adiknya baru sahaja selesai menjalani pembedahan selepas mengalami kemalangan kereta. Tulang belakang retak. Semalam dah buat pembedahan dan dimasukkan 8 biji skru dan 2 besi. Beliau bertanya tentang apa suplemen yang perlu diambil untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan. Terus tergerak hati saya untuk mengupdate blog berkenaan isu ini.

Sebelum menceritakan lebih lanjut lagi berkenaan makanan tambahan yang sesuai bagi orang yang baru sahaja dibedah, saya ingin kongsikan info tentang beberapa faktor kenapa luka orang yang telah menjalani pembedahan lambat sembuh:
1. bagaimana tubuh bertindak balas terhadap proses penyembuhan.
2. warga emas
3. pesakit yang mengalami masalah berat badan akibat malnourishment (terutamanya kekurangan unsur zinc dan protein)
4. pesakit yang kekurangan vitamin C
5. pesakit kronik seperti diabetes
6. pesakit kanser yang dirawat dengan radiotheraphy atau chemotheraphy.
7. pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan sterois
8. penghisap rokok



Antara vitamin atau suplemen yang sesuai untuk diambil oleh pesakit yang baru dibedah ialah:
1. Vita-Lea Multivitamin
2. Vitamin C
3. B - Complex
4. Zinc Complex 
5. Energizing Soy Protein (ESP)
6. Ostematrix
7. Vitamin E


Vitamin-vitamin dan mineral ini mengandungi  kandungan yang boleh membantu mempercepatkan masa untuk proses penyembuhan kulit dan tisu.


FUNGSI VITA-LEA MULTIVITAMIN






Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Mengandungi Vita B5 yang bertindak meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka. Begitu juga kandungan zink yang terdapat di dalam multivitamin ini dapat memperkasakan sistem imun, dan  percepat sembuhan luka. Ianya sangat disarankan untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi pesakit yang baru sahaja dibedah. Dicadangkan setiap hari , pesakit hendaklah makan 2 kali sehari, 2 biji setiap kali selepas makan.



FUNGSI VITAMIN C


Vitamin C berfungsi membantu memulihkan sel-sel badan dengan cepat. Pesakit yang mengambil vitamin C, selalunya luka akan lebih cepat sembuh jika. Vitamin ini juga bertindak membantu pembentukan kolagen dalam badan serta membantu meningkatkan tahap imuniti badan kita. Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan akan mengalami tahap imuniti yang rendah.

FUNGSI B-COMPLEX

B-Complex mampu mengatasi kelesuan pada tubuh,  penting untuk kesihatan mental bagi mengelakkan kemurungan dan juga bertindak sebagai penenang (anti stress). B Complex sangat penting untuk saraf dan untuk orang yang baru sahaja menjalani pembedahan. Biasa pesakit ini akan berasa lesu dan lemah akibat kesan daripada ubat bius yang digunakan semasa pembedahan. Oleh itu, mereka sangat memerlukan B Complex untuk mencegah kelesuan dan mengelakkan kemurungan akibat kesakitan yang dialami.

FUNGSI ZINC COMPLEX


Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka. Selalunya orang akan cari ikan haruan untuk membantu merawat luka selepas bersalin atau selepas pembedahan. Ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi, jadi ia membantu mempercepat pemulihan luka dalam badan.

FUNGSI OSTEMATRIX


Vitamin D dalam Ostematrix ini dapat meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, dan memperbaiki penyakit periodontal. Oleh itu ianya sangat sesuai bagi pesakit yang menjalani pembedahan tulang. Kandungan Magnesium dalam Ostematrix ini pula menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Ianya merupakan ion positif nombor dua penting di dalam tubuh kita. Mineral ini membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.

FUNGSI ESP

ESP pula membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

FUNGSI VITAMIN E
Vitamin E berfungsi membantu membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan (stretch mark) pada luka pembedahan, memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Di samping itu juga, vitamin E berperanan mengukuhkan sistem imuniti, membaiki DNA dan proses metabolisme serta bertindak sebagai antioksidan. Cairan dalam kapsul vitamin E boleh juga disapukan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut.


NOTA: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

Kebanyakan luka pembedahan yang kecil biasanya akan sembuh dengan cepat. Namun begitu, luka pembedahan yang agak besar (major surgery) selalunya memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Ini menyebabkan ianya agak berisiko akan dijangkiti kuman. Antara tanda-tanda luka tersebut dijangkiti kuman apabila luka tersebut bengkak, sakit, warna berubah menjadi agak gelap, dan terdapat nanah. Selain itu, beberapa komplikasi lain seperti pembentukan parut keloid (parut yang melampau), dan gangrene. Jika ini berlaku, dapatkanlah nasihat daripada doktor dan jururawat yang merawat.


Bagi yang berminat nak mencuba Set Suplemen untuk Luka Pembedahan ini,  boleh menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

FB: Ummu Mardhiyyah| Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]| Nombor Telefon: 013-8974397|Email: ummumardhiah81@gmail.com


 

Sunday 16 August 2015

Set Sendi Yang Berkesan Mengatasi Masalah Lutut

Pernah tak mak atau ayah atau anda sendiri mengadu sakit pada lutut dan sendi-sendi terutama apabila setiap kali bangun daripada duduk? Lutut pun terasa mencucuk? atau terasa tegang, lenguh, bengkak , sakit atau berkeriut bunyi di bahagian sendi-sendi? Sekiranya pernah, itu adalah simptom-simptom sendi tidak sihat. Jangan biarkan masalah sendi ini menghalang anda ataupun orang-orang tersayang untuk bergiat aktif dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.


Terdapat pelbagai cara untuk melegakansakit sendi ini iaitu melalui ubat atau suntikan dan pembedahan. Sekiranya pesakit mendapatkan ubat atau suntikan, ianya hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja, dan berisiko merosakkan organ-organ dalam tubuh badan. Manakala melalui kaedah pembedahan,  ianya melibatkan kos yang mahal dan pergerakan pesakit akan terhad dan agak terbatas.

Dalam Shaklee, terdapat set vitamin yang sangat berkesan membantu menyokong kesihatan sendi berpanjangan. Ianya merupakan kaedah pendekatan semulajadi untuk membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat sekaligus membantu pesakit untuk kekal aktif. Ini terbukti melalui testimoni-testimoni beberapa orang pengguna set vitamin Shaklee untuk sendi dan lutut.



Dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee ini, terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu Advance Joint Health, Ostematrix dan Omega Guard. Kebaikan Set Kesihatan Sendi Shaklee ini ialah:
1. Menyokong kesihatan tisu kolagen sendi
2. Menguatkan tulang rawan dan mengelakkan masalah osteoarthritis
3. Menghilangkan sakit sendi , rheumatoid, artrithis
4. Menghilangkan keradangan/ inflamasi pada sendi
5. Kembali aktif, bergerak dengan lancar tanpa rasa sakit
6. Sangat bagus untuk jantung 


Fungsi Advance Joint Health

Fungsi Ostematrix

Fungsi Omega Guard



Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang. Tampak kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya buat mak ayah kita.

Seriously, percayalah. Selepas mengamalkan Set Kesihatan Sendi ini, insha Allah, sakit lutut akan hilang, tiada lagi masalah sakit setiap kali nak bangun dari duduk dan nak naik tangga. Hadiahkanlah set ini untuk mak ayah insan yang paling penting dalam hidup kita.

Bagi yang berminat nak mencuba Set Kesihatan Sendi ini,  boleh menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

FB: Ummu Mardhiyyah| Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]| Nombor Telefon: 013-8974397|Email: ummumardhiah81@gmail.com


 

Tuesday 4 August 2015

Pengedar Shaklee Kota Belud, Tenghilan, dan Tuaran (Terkini)

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera ^_^

Saya sengaja letakkan tajuk entri hari ini dengan tajuk Pengedar Shaklee Kota Belud, Tenghilan dan Tuan Terkini sebab ramai yang tertanya-tanya, saya masih aktif lagi ka sebagai pengedar Shaklee? Ini mungkin disebabkan artikel saya berkenaan "Agen Shaklee Kota Belud" yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu pada tahun 2014 (http://ummumardhiah81.blogspot.com/2014/03/shaklee-kota-belud.html ) .

Jawapan pada persoalan tadi ialah Ya ^_^. Saya pemilik akaun FB: Ummu Mardhiyyah, admin FB Page Rahsia Cantik, Luar dan Dalam dan Moms & Kids Choice Collection  masih bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan Shaklee. Insha'Allah , saya bercita-cita ingin menjadikan Shaklee ini sebagai kerjaya saya untuk jangka masa panjang. Doakan saya ya ^_^

Mesti ramai yang tercari-cari Pengedar Produk Shaklee di Kota Belud, Tenghilan dan Tuaran kan? Mau pigi ke Shaklee Branch Kota Kinabalu macam agak jauh ba kan.. nda apa, jangan risau.. bila-bila masa saja anda boleh menghubungi saya. Saya pengedar Sah Shaklee di daerah Kota Belud. Kalau mau COD depan rumah pun boleh, inshaAllah tiada masalah, saya boleh hantarkan terus kepada anda . Mau jumpa di Pekan Kota Belud, di Pekan Tuaran pun boleh ^_^
Boleh hubungi saya di nombor 0138974397 (Whatsapp/Telegram/SMS/ Call) atau boleh add FB saya Ummu Mardhiyyah ^_^.

Kalau mau jadi member Shaklee pun boleh, anda boleh hubungi saya di nombor yang saya nyatakan di atas. Bayaran keahlian hanya RM69 seumur hidup. Saya akan tolong daftarkan anda secara online di Shaklee2u.com.my. Anda hanya perlu maklumkan kepada saya maklumat details seperti:
1. Nama penuh
2. No.Kad Pengenalan
3. Email
4. Alamat
5. No.telefon
6. No.akaun apa sahaja bank(untuk memudahkan Shaklee Bank in Bonus sekiranya ada jualan atau belian melebihi 150 UV)
7. Nama suami (jika sudah berkahwin)
8. No.Kad Pengenalan Suami
9. No.Telefon Suami.
Kalau nda mau jadi ahli Shaklee dan teringin mau pergi Shaklee Branch Kota Kinabalu pun boleh. Anda boleh menggunakan ID saya untuk membeli produk Shaklee di sana. SID saya; 868307. Mau tahu di mana lokasi Shaklee Branch Kota Kinabalu? Boleh tengok peta di bawah ni aa (^_^)


 Ni alamat Branch Shaklee di Kota Kinabalu:

Lot 4.1, Neutron Point, 
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.


Tapi kadangkala kita mau  cepat ba dapat barang kan, inshaAllah stok saya sentiasa ada terutama produk-produk yang hot seperti Set Kesuburan Shaklee, Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Penyusuan Shaklee, Set Kulit Cantik Shaklee, Set Turun Darah Tinggi, Set Kencing Manis, Set Gout,  Set Slimming Shaklee, Set Detox Shaklee, Set Diet Budget, Set Gastrik Shaklee dan macam-macam lagi. Kalau pun sekiranya produk yang anda mahu ndada stok saya, anda boleh bagitahu saya, saya boleh "berlari" pigi Branch Shaklee, dan belikan khas untuk anda.

Dalam artikel hari ini, saya update beberapa aktiviti-aktiviti terkini pengeposan dan penghantaran COD yang saya "laporkan" dalam status FB saya atau akaun Intagram saya . hehehe. Bah,ok. jangan malu-malu. Call saja saya bila-bila jak ^_^


 
Full design blog:jiakreatifelt.com