Monday, 23 February 2015

10 TIPS DEKORASI BILIK ANAK-ANAK

Hai ibu-ibu, saya ibu kepada dua orang anak perempuan. Dalam mencipta dekorasi bilik anak-anak, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk  anak-anak.  Adakalanya menjadi dilema buat ibu bapa. Khususnya bagi menghadirkan dekorasi yang boleh mencetuskan suasana yang diimpikan selari tahap perkembangan usia mereka. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 tips/ idea dekorasi bilik anak-anak. Artikel ini juga sebagai rujukan saya untuk mengubahsuai bilik anak-anak saya kelak ^_^



1. Pemilihan warna-warna lembut seperti biru untuk lelaki dan merah jambu untuk perempuan terlalu klise. KEMBANGKAN  MINDA mereka dan RANGSANG DERIA dan KREATIVITI dengan menggunakan warna-warna lain seperti merah, kuning, oren, navy blue dan sebagai .

2. HASILKAN IMAGINASI DAN PENCERITAAN dalam ruang bilik mereka. Reka konsep seperti lumba kereta, fantasi, hutan, lanun, dan sebagainya. Rangsang minda mereka dengan penceritaan berdasarkan minat dan imaginasi mereka. CERITAKAN BEDTIME STORY berdasarkan konsep bilik mereka supaya mereka lebih gemar tidur di bilik mereka sendiri berbanding bersama ibu bapa.




3. PILIH perabot yang TIDAK TERALU DEWASA. TARIK MINAT mereka dengan WARNA-WARNA CERIA memenuhi CIRI-CIRI KESELAMATAN. ELakkan perabot yang memiliki bucu yang tajam.



4. Elakkan AKSESORI YANG TIDAK SESUAI seperti lilin, kotak-kotak berat dan apa sahaja yang boleh mengakibatkan kemalangan/ kecederaan yang tidak diingini.

5. Gunakan BLIND berbanding langsir untuk mengelakkan kanak-kanak kecil daripada bergayut pada langsir. Bagaimanapun, ia masih bergantung pada kesesuaian konsep dan tema bilik.

6. SOFT TOYS seperti anak patung lembut dan bantal-bantal kecil sesuai diletakkan PADA RUANG untuk kanak-kanak. Memberikan kelembutan pada ruang di samping menarik minat mereka untuk berada dalam bilik mereka.

7. Di samping katil dan almari, SEDIAKAN SATU RUANG untuk mereka bermain dan belajar. Reka letak yang LEBIH KREATIF DAN MENARIK.

8. Sediakan RUANG PENYIMPANAN yang RINGKAS dan boleh diguna sendiri oleh kanak-kanak. Didik mereka untuk mengemas bilik sendiri dengan memiliki ruang penyimpanan untuk barang-barang mereka.

9. Buat sedikit PENGUBAHSUAIAN pada tombol pintu supaya ia tidak boleh dikunci Ini bertujuan mengelakkan kanak-kanak daripada terkunci diri sendiri di dalam bilik.

10. ELAKKAN menggunakan permaidani yang TERLALU TEBAL untuk mengelakkan pengumpulan habuk. Ia tidak bagus untuk kesihatan mereka.


SEKIAN, SELAMAT MENGHIAS BILIK TIDUR ANAK-ANAK TERSAYANG ^_^

Sumber: INSPIRASI


FB: Ummu Mardhiah
0138974397
Pengedar Shaklee Kota Belud
Pengedar Shaklee Papar  - Bongawan
Pengedar Shaklee Malaysia
SID: 868307 (anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli dengan menggunakan ID saya ini di mana-mana branch Shaklee seluruh Malaysia)

salam kasih sayang dari saya Ummu Mardhiah ^_^



No comments:

Post a Comment

 
Full design blog:jiakreatifelt.com