اللهم
صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل
عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما
امرت ان يصلى عليه
"Ya
Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله
عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan
tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah
selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana
Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk
junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau
perintahkan"
KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa
yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya
10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit 9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup 14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .
Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"
Sumber: Kitab Maulid Ad-Daibai & Kitab 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat
sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan
meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50
kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus
berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa
"basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam
keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ...
PERCAYALAH!
Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maulidurrasul 1436H buat semua umat . Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlaq mulia.

No comments:
Post a Comment