Dua kali saya melahirkan bayi perempuan di hospital kerajaan, tetapi kedua-duanya dilahirkan di hospital yang berlainan. Anak sulong saya Radhiatan Mardhiah dilahirkan di hospital kerajaan di daerah Papar pada 9.Mei.2010. Manakala, anak kedua saya Nur Syifa' Mardhiyah dilahirkan di Hospital Ibu dan Kanak-kanak Likas, Kota Kinabalu. Bermacam-macam pengalaman yang telah dilalui. Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips selepas melahirkan di hospital.
1. Ibu, Tukar segera baju setelah selesai segala urusan kelahiran agar anda lebih selesa. Sebaiknya mandi air panas ( mandi wiladah, iaitu mandi yang diwajibkan ke atas wanita muslim selepas melahirkan anak menurut pandangan Mazhab Imam Syafi'ie) agar badan lebih segar dan bertenaga.
2. Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor.
3. Apabila bayi tidur, ibu sepatutnya tidur. Dapatkan rehat secukupnya. Sudah tentu ibu akan berasa keletihan selepas bertarung nyawa ketika proses meneran keluar bayi anda (sekiranya bersalin normal) apatah lagi sekiranya anda melahirkan bayi secara caeseran.
4. Jangan malu meminta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemusykilan seperti bayi, diri sendiri, penyusuan susu ibu dan sebagainya.
* Selain daripada, jangan malu sekiranya anda ingin meminta bantuan pada rakan di sebelah katil untuk menjenguk bayi ibu, sekiranya berhajat ingin ke tandas sebentar. (Wujudkan hubungan mesra dengan rakan satu wad dan juga doktor serta jururawat yang bertugas. Ini akan menambahkan keyakinan pada diri anda).
* Sewaktu menyusukan anak sulung saya, saya memang Zero tentang ilmu penyusuan. Tidak tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi. Syukur ada teman sebelah katil yang pada ketika juga sedang menunggu untuk bersalin tapi masih cergas. Namanya Bulan. Dialah yang mengajar saya cara menyusukan anak saya. Siap dia minta izin untuk memegang PD saya, cara memasukkan ke mulut bayi saya. Allah, masa tu memang naif sangat-sangat tentang ilmu penyusuan. Mengandung anak kedua, saya bertekad untuk mendalami ilmu penyusuan. alhamdulillah, saya dapat menyusukan anak saya genap 2 tahun setengah.
5. Pastikan biskut dan air berada dekat di sisi anda. Jadi, anda tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.
Selepas melahirkan Syifa', saya minum dan makan Chocolate keluaran The Milk Story Lunatots. Saya order Kak Line Lunatots Sabah (Azline Ishak). Sedap sangat2. Bancuh pekat2. aaummm. yummy ^_^
6. Terima tetamu yang mahu menziarahi bayi, tetapi hadkan masa kerana ibu dan bayi perlu masa untuk rehat.
Sekiranya anda melahirkan di hospital kerajaan, kebiasaannya anda dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan bahawa tahap kesihatan anda dan bayi baru lahir adalah pada tahap yangmemberangsangkan. Namun begitu, jika anda bersalin di hospital swasta pula, anda mungkin mengambil pakej bersalin . Oleh itu, anda akan dibenarkan untuk berehat dalam tempoh beberapa hari di sana.
ok,sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua ^_^ Sekiranya anda sedang mencari Set Kehamilan dan Berpantang yang selamat, semulajadi dan halal. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan Set Hamil dan Berpantang Shaklee.
Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com
Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)
Credit to: Majalah Pa & Ma Sept 2014.
Editing: Ummu Mardhiyyah
No comments:
Post a Comment