Jom ibu-ibu , kita teliti beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
*DILARANG TIDUR TIDAK BERBANTAL
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang
berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga
berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala
menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah
*MEMAKAI SARUNG KAKI (STOKIN)
Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan
dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan
terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang
akan menjaga kesihatan ibu.
*Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung
akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun
(uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh
mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.
*Mandi Duduk Di Bangku Ketika Mandi
hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga
kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak
mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru
melahirkan masih dalam keadaan lemah.
*Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk
memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena
jahit tidak terkoyak semula.
*Jangan Terlalu Aktif.
Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif
melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya
jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu
memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya
badan benar-benar dapat berehat.
*Jangan Makan Ubi-Ubian.
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari
jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini
boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit
perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh
berjangkit kepada anak.
*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik.
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu
matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan
sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk
mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.
*Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja,
kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan
mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh
menyebabkan penyakit gila.
*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca,
ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan
cepat mengalami rabun sebelum tua.
*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu
senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu
ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah
nifas.
*Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya
tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu
menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
**Cara Mandi Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi,
daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas
melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air
rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada
bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik
untuk ibu-ibu dalam pantang.Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air
rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan
luka-luka selepas melahirkan. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai
mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air
rebusan daun-daun ini selama seminggu.
**Cara Berbaring / TidurTidur terlentang tidak berbantal
dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam
pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam
pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
**Lain-Lain Amalan Semasa BerpantangMemakai baju tebal dan
berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7
tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam
pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi
ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya
luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap
baik.Berbedak/berparam juga dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam
pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan
cara ini pagi dan petang selama sebulan.
Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar
ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi
badannya terasa sihat dan segar.Bertungku adalah amalan yang baik bagi
ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan
dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan
setiap hari pagi dan petang selama sebulan.Minum air pati kunyit selama 3
hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan
mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam
pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu
dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.Lobak merah baik
untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi
banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi
ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan
penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.Buah anggur dan
kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam
pantang.Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili,
tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil
sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit
urat dan lemah badan.Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan
seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu
semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika
ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.