Tuesday 24 June 2014

DIABETIS & BUAH PINGGANG. APA PENAWAR SHAKLEE?


Assalamu'alaykum dan salam sejahtera

Rasa terpanggil nak share tentang masalah Diabetes dan Buah Pinggang selepas 
mendapat pertanyaan daripada "anak" Shaklee saya... jom baca apakah sebenarnya 
masalah diabetes dan buah pinggang ini. 




Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau 
hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa 
memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa 
sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.
 Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing 
manis


Terdapat 2 jenis diabetes: 

I. Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I). 
II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis 
II)


Komplikasi Diabetes 

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh 
merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung,
 buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan
penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.

Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi
diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal.
 Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan
 baik. 


Apa yang berlaku pada buah pinggang anda disebabkan 
diabetes?

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan
dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar
 melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting
ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu
atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan
membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan
cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang
memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan
seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat.
Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal
dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis
darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan
keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula
berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.


Perbezaan di antara buah pinggang yang sihat dan
buah pinggang pesakit diabetis
Sumber: GOOGLE

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar
 bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka
menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir
 penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti
normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan
 hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah
 pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan
buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun
dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang
anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda
terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit
diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara
kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-
langkah pencegahan yang sebaik-baiknya. 




Oleh itu, kita yang masih bebas daripada diabetes perlu berwaspada dan
mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan. Cegah sebelum terlambat.


Menakutkan kan masalah diabetes ini.? 

Jika anda di luar sana mengalami masalah diabetes ataupun orang-orang
tersayang anda mengalami masalah diabetes ini. Apa kata kali ini, menjadikan
Vivix Shaklee sebagai penawar alternatif untuk membantu mengatasi masalah
diabetes ini. Bersama entri ini saya lampiran testimoni pengguna Vivix Shaklee
berhubung masalah diabetes.

Sila klik pada gambar untuk papar lebih jelas. TQ
Untuk mendapatkan produk Shaklee, dan sebarang pertanyaan lanjut , boleh menghubungi saya di
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Sekian, Terima kasih (^_^)

No comments:

Post a Comment

 
Full design blog:jiakreatifelt.com