Kebanyakkan ibu-ibu yang menghubungi saya untuk mendapatkan
Set Penyusuan
adalah kerana susu merudum. Oleh itu, di sini saya menekankan kepada
bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan bayi anda apabila lahir. Pastikan
membuat persediaan awal untuk menghadapi alam penyusuan. Jangan di
saat-saat susu sudah merudum barulah mencari penyelesaian. Kemudian
bergantung harap kepada supplement sepenuhnya. Jangan begitu, Supplement
adalah bertindak sebagai pelengkap kepada nutrien seharian. Banyakkan
membaca untuk mencari ilmu tentang penyusuan dan sediakan kekuatan
mental dan psikologi sepenuhnya. Dan tidak kurang juga anda harus
bersemangat dan mempunyai matlamat yang satu iaitu ingin menyusukan anak
sehingga 2 tahun. Keyakinan kepada keupayaan diri sendiri itu amatlah
penting.
Majoriti ibu-ibu yang menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain
Milk Booster ada
perkara lain yang anda perlu tahu yang menjadi punca susu merudum.
Anda masih lagi perlu menjaga keperluan yang lain. Seperti menjaga
pemakanan, pengurusan stress, minum air dengan cukup dan sebagainya.
Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu merudum. Nanti kalau dah ambil
milk booster tapi susu masih merudum, sudah tentu lagi
stresskan? Jadi jom semak, ada tak perkara-perkara dibawah yang berlaku pada diri anda :
1. Stress
Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu
yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari
dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada
juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya
stress.
Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang
menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah.
Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda. Ataupun bagi ibu yang
menyusu secara
direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.
2. Teknik penyusuan yang salah
Teknik menyusu yang salah akan
menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan
mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang
tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.
Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.
3. Kurang pam atau perah
Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang
berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda
kena rajin pam/perah (setiap 2 jam). Untuk ibu yang dirumah, sentiasa
menyusu secara
direct. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep
supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.
4. Tidak cukup rehat
Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga
akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana.
Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk
rehat.
5. Masalah hormon dan kesihatan
Bagi mereka yang mempunyai
masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin
menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak
dapat dihasilkan.
6. Penggunaan pil perancang
pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.
7. Pengambilan pil antibiotik
Kebiasaannya antibiotik diambil
oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda
boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara
semulajadi dalam membina antibodi. Boleh cuba ambik Vitamin C keluaran Shaklee.
8. Teknik pam yang salah / pam tak cekap
Ibu-ibu perlu pelajari
teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah
teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat
dikosongkan sepenuhnya. Menggunakan teknik
marmet (perah dengan
tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka
yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga. (inshaAllah entri seterusnya saya akan kongsikn teknik perah dengan tangan ya ibu-ibu)
9. Pemakanan yang tidak seimbang
Ibu yang menyusu perlu
mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat,
protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil
semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil
fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah
supplements berfungsi
iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. Untuk ibu-ibu yang sedang mencari supplement yang dapat membantu untuk menambah air susu. Cubalah Set 3 M Shaklee. Insha'Allah berbaloi sgt2... tapi kena ingat, konsep Supply & Demand tetap diteruskan iaitu DF ngan baby dan meneruskan pengepaman PD ibu-ibu ya (^_^).
Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana
ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air
berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Diatas adalah antara sebahagian punca-punca yang menyebabkan susu
merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang, barulah
kita cari jalan penyelesaian kerana saya nak anda tahu
milk booster
bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum. Saya nak
ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia
membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu
d tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang
konsisten.
Rujukan:
www.mamafaiz.com
Berminat boleh hubungi saya:
pm saya d FB nurjannah saifullah, 0138974397