Monday, 23 February 2015

10 TIPS DEKORASI BILIK ANAK-ANAK

Hai ibu-ibu, saya ibu kepada dua orang anak perempuan. Dalam mencipta dekorasi bilik anak-anak, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk  anak-anak.  Adakalanya menjadi dilema buat ibu bapa. Khususnya bagi menghadirkan dekorasi yang boleh mencetuskan suasana yang diimpikan selari tahap perkembangan usia mereka. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 tips/ idea dekorasi bilik anak-anak. Artikel ini juga sebagai rujukan saya untuk mengubahsuai bilik anak-anak saya kelak ^_^



1. Pemilihan warna-warna lembut seperti biru untuk lelaki dan merah jambu untuk perempuan terlalu klise. KEMBANGKAN  MINDA mereka dan RANGSANG DERIA dan KREATIVITI dengan menggunakan warna-warna lain seperti merah, kuning, oren, navy blue dan sebagai .

2. HASILKAN IMAGINASI DAN PENCERITAAN dalam ruang bilik mereka. Reka konsep seperti lumba kereta, fantasi, hutan, lanun, dan sebagainya. Rangsang minda mereka dengan penceritaan berdasarkan minat dan imaginasi mereka. CERITAKAN BEDTIME STORY berdasarkan konsep bilik mereka supaya mereka lebih gemar tidur di bilik mereka sendiri berbanding bersama ibu bapa.




3. PILIH perabot yang TIDAK TERALU DEWASA. TARIK MINAT mereka dengan WARNA-WARNA CERIA memenuhi CIRI-CIRI KESELAMATAN. ELakkan perabot yang memiliki bucu yang tajam.



4. Elakkan AKSESORI YANG TIDAK SESUAI seperti lilin, kotak-kotak berat dan apa sahaja yang boleh mengakibatkan kemalangan/ kecederaan yang tidak diingini.

5. Gunakan BLIND berbanding langsir untuk mengelakkan kanak-kanak kecil daripada bergayut pada langsir. Bagaimanapun, ia masih bergantung pada kesesuaian konsep dan tema bilik.

6. SOFT TOYS seperti anak patung lembut dan bantal-bantal kecil sesuai diletakkan PADA RUANG untuk kanak-kanak. Memberikan kelembutan pada ruang di samping menarik minat mereka untuk berada dalam bilik mereka.

7. Di samping katil dan almari, SEDIAKAN SATU RUANG untuk mereka bermain dan belajar. Reka letak yang LEBIH KREATIF DAN MENARIK.

8. Sediakan RUANG PENYIMPANAN yang RINGKAS dan boleh diguna sendiri oleh kanak-kanak. Didik mereka untuk mengemas bilik sendiri dengan memiliki ruang penyimpanan untuk barang-barang mereka.

9. Buat sedikit PENGUBAHSUAIAN pada tombol pintu supaya ia tidak boleh dikunci Ini bertujuan mengelakkan kanak-kanak daripada terkunci diri sendiri di dalam bilik.

10. ELAKKAN menggunakan permaidani yang TERLALU TEBAL untuk mengelakkan pengumpulan habuk. Ia tidak bagus untuk kesihatan mereka.


SEKIAN, SELAMAT MENGHIAS BILIK TIDUR ANAK-ANAK TERSAYANG ^_^

Sumber: INSPIRASI


FB: Ummu Mardhiah
0138974397
Pengedar Shaklee Kota Belud
Pengedar Shaklee Papar  - Bongawan
Pengedar Shaklee Malaysia
SID: 868307 (anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli dengan menggunakan ID saya ini di mana-mana branch Shaklee seluruh Malaysia)

salam kasih sayang dari saya Ummu Mardhiah ^_^



Sunday, 15 February 2015

Langkah-langkah Rawatan Kesuburan




Lumrah bagi pasangan yang bergelar suami isteri pastinya mahukan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap kebahagiaan. Bagaimanapun bukan semua bertuah dikurniakan rezeki daripada Ilahi.

Bagi  yang kurang bernasib baik , ia bukan penyudah sebuah kebahagiaan yang diidamkan. Tidak semua pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata mempunyai masalah kesuburan.

Ada yang didiagnosis sihat serta tiada masalah tentang kesuburan. Tetapi mungkin masih belum ada rezeki kurniaan dari Ilahi.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi Langkah-langkah Rawatan Kesuburan.

 1. Melakukan hubungan seks antara suami isteri pada waktu paling subur untuk meningkatkan kebarangkalian mengandung.


2.Pengambilan ubat kesuburan Clomiphene dan Gonadotropins antara langkah awal dilakukan sebelum mencuba rawatan lain yang lebih canggih.


 3.Pembedahan minor bagi masalah seperti tiub fallopio wanita tersekat atau membuang Cyst.

 4. IUI (Artificial Insemination @ Permanian Beradas).IUI  ialah kaedah membantu sperma suami untuk sampai kepada telur. Ini kerana suami mempunyai kuantiti sperma yang rendah dan lemah.


Dalam Shaklee, untuk merawat masalah kuantiti dan kualiti sperma suami, suami disarankan untuk mengamalkan vitamin Zinc Complex dalam diet harian.

5.ART (Assisted Reproductive Technology). ART ialah teknologi bantuan reproduktif . Jika anda dan pasangan berhadapan dengan masalah bilangan sperma kurang, tiub fallopio tersumbat atau langkah-langkah yang dinyatakan terlebih dahulu gagal, kaedah yang lebih berteknologi dan mahal seperti In Vitro Fertilization  (IVF) , Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) dan Gamate Intrafallopian Transfer (GIFT) Atau Zygote Intrafallopian Transfer (ZIFT) akan disarankan oleh doktor sakit puan.
 

Untuk pengetahuan bersama, wanita tidak memerlukan air mani yang banyak bertakung di dalam faraj untuk hamil. Yang lebih penting ialah kuantiti dan kualiti sperma yang terkandung di dalam air mani yang tinggal di dalam faraj.Dalam Shaklee, kita ada menyediakan produk-produk kesihatan yang inshaAllah akan dapat membantu meningkatkan kesuburan suami isteri.



 Berikut adalah merupakan testimoni Set Kesuburan Shaklee, mudah-mudahan dapat menyuntik semangat dan memotivasikan tuan-tuan dan puan-puan yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata tidak berputus asa dan terus berusaha dalam merealisasikan impian anda suami isteri.




Sebenarnya, doktor-doktor juga sangat menyarankan pengambilan vitamin untuk meningkatkan kesuburan suami isteri.

Saya berharap, semoga artikel hari ini bermanfaat buat ramai pasangan di luar sana. Untuk info lanjut berkenaan Set Kesuburan Shaklee,  tuan-tuan, puan-puan boleh menghubungi saya Pengedar Sah Shaklee Malaysia (SID:868307) di talian 0138974397. Boleh juga pm saya di inbox FB: Ummu Mardhiyyah ^_^


Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)







Tuesday, 10 February 2015

Petua Tradisional Mengatasi Ruam Bayi

Hai semua. Seronok pulak dapat berkongsi tips-tips berkaitan kehamilan, berpantang, penyusuan dan penjagaan bayi. Entri hari ini, saya nak berkongsi petua-petua yang kebanyakan ibu-ibu amalkan  untuk mengatasi masalah ruam bayi.

 1.Letak bedak sejuk dan minyak zaitun pada ruam


2. Guna tepung beras dan sapu pada tempat yang beruam. 2 atau 3 hari inshaAllah ruam akan hilang. Memang berkesan.


3. Guna cream sudoderm. Sapu hari ini, inshaAllah esok merah akan berkurang.


4. Sapu dengan minyak jerslin atau baby oil atau lotion baby atau drapolene.


5. Sapu sebamade... 99.9% berkesan.


6. Letak tepung ubi terutama di celah-celah pelipat seperti celah paha, bawah dagu. Kadang-kadang pada celah pelipat lengan terutama bayi agak berisi. Jangan letak bedak untuk seketika sampai tenpat ruam kering  inshaAllah mujarab.


To be continue..












Monday, 9 February 2015

TIPS BERPANTANG

Berpantang  adalah satu perkataan yang senang disebut tetapi prosesnya memakan masa yang lama dan boleh dikatakan amat rumit penjagaannya. Ada yang 40 hari, 60 hari dan ada yang berpantang selama 100 hari bahkan setahun. Rata-rata ibu-ibu moden tidak menyukai amalan berpantang ini. Hakikatnya berpantang merupakan amalan tradisi tinggalan nenek moyang kita turun temurun. Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana tips berpantang .

1. Mengurangkan koyakan ketika bersalin dan mengurangkan rekahan pada perut.
Sapukan minyak kelapa dara pada bahagian intim dan juga di perut. Amalkan meminum air kelapa atau minyak kelapa dara seawal 7 bulan kandungan.

2. Menyembuhkan luka pembedahan dan memulihkan sistem peranakan.
Biasanya untuk menyembuhkan luka pembedahan, nenek moyang kita akan memberi kepada ibu yang bersalin memakan ikan haruan atau gamat . Dua ciptaan ALlah ini amat terkenal dalam menyembuhkan luka. 

Bagi ibu moden , yang sesetengahnya rasa loya apabila memakan ikan haruan atau gamat, boleh mengamalkan Zinc Complex Shaklee. Zinc Complex membantu dalam metabolisme Karbohidrat , lemak dan protein. Zinc COmplex juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin. Selain itu, ianya membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

3. Mengurangkan angin dan toksin dalam badan.
Mandian herba merupakan amalan tradisi yang masih diamalkan sehingga sekarang. Ini kerana ianya terbukti berkesan memberikan kesegaran badan yang maksimun terutama kepada ibu yang bersalin.


* Terdapat pilihan pada ibu-ibu masa kini, sama ada nak buat sendiri bahan-bahan mandian herba tu dengan  bantuan suami atau ahli keluarga lain, atau pun dengan menggunakan Mandian Herba yang sudah dikeringkan dan dikomersialkan (yang kini banyak terdapat di pasaran).



* Saya lebih suka mandi Mandian Herba yang original ^_^. Cabut dari bumi, cuci dan panaskan dalam periuk bertutup. Selepas mandi dengan Mandian Herba ni, memang menyegarkan ^_^

* Untuk alternatif, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan alfalfa Complex yang membantu mengurangkan toksin dalam badan disamping mempercepatkan pengecutan rahim .



4. Hangatkan badan ibu bersalin dan membuang angin dalam badan 
Oleh kerana urat mengembang selepas bersalin, amalan bertungku menggunakan tungku herba dapat membantu menghangatkan badan. Jika ibu berasa sejuk, itu tandanya urat ibu mengembang dan angin mudah masuk. Sapukan pilis herba bada dahi bagi membuang angin.

Untuk amalan tambahan bagi membantu mengeluarkan angin dalam badan, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan Garlic Complex . Garlic Complex juga membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.  

5. Membakar lemak dan perut buncit.
Sapukan halia yang sudah ditumbuk dibahagian perut atau boleh juga gunakan losyen khas untuk membantu membakar lemak dan perut buncit.

Anda juga boleh mengamalkan Lecithin, Omega Guard dan Herb Lax Shaklee untuk membantu mengatasi masalah lemak dan perut buncit sebagai kaedah alternatif dalam berpantang.


 6. Membentuk semula pinggang dan perut
Amalkan pemakaian bengkung. Kini terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dipasaran. Ada bengkung moden dan bengkung tradisional. Terpulang kepada ibu-ibu ingin memilih bengkung yang mana satu , asalkan ibu-ibu memakainya dengan selesa dan pastikan kebersihannya terjaga.

Amalan pemakaian bengkung ini dapat mengembalikan bentuk tubuh dan pinggul yang ideal bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi.






7. Menghilangkan masalah keputihan, nyahkan bau kurang menyenangkan dan ketatkan bahagian rahim dan vagina

Ibu-ibu boleh mengamalkan mencuci bahagian Vagina dengan Air rebusan daun sirih bersama dengan beberapa biji buah Manjakani. Amalkanlah dalam tempoh berpantang dan bila-bila sahaja ^_^.

Amalan ini mampu mencegah jangkitan kuman dan membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan. Selain itu, ianya juga berkesan untuk merapatkan kembali bahagian intim wanita yang baru bersalin.
  pssstt... alfalfa Complex Shaklee ibarat "kacip Fatimah" tau ^_^. Memang Awesome hasilnya*_*


8. Untuk melancarkan peredaran darah dalam badan
Sapukan minyak herba pada bahagian yang sesuai. Bagi saya sendiri, saya amalkan Minyak Herba Nonaroguy. Sedap je baunya dan rasa  sejuk, pedas dan nyaman bila disapukan pada bahagian tertentu. 

Kenapa Perlu Berpantang?

1. Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi
2. Membetulkan peredaran darah
3. Mengurangkan angin daripada badan
4. Mengurangkan sakit kepala
5. Melancarkan pengaliran air susu ibu
6. Mengelakkan angin meroyan dan Postnatal Depression
7. Membantu menstabilkan emosi
8. Membantu mengembalikan badan ibu seperti sediakala


ok, sekian dulu entri kali ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Semoga selamat melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang dengan perasaan yang gembira dan tenang ^_^

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)



Sunday, 8 February 2015

TIPS SELEPAS MELAHIRKAN DI HOSPITAL

Dua kali saya melahirkan bayi perempuan di hospital kerajaan, tetapi kedua-duanya dilahirkan di hospital yang berlainan. Anak sulong saya Radhiatan Mardhiah dilahirkan di hospital kerajaan di daerah Papar pada 9.Mei.2010. Manakala, anak kedua saya  Nur Syifa' Mardhiyah dilahirkan di Hospital Ibu dan Kanak-kanak Likas, Kota Kinabalu. Bermacam-macam pengalaman yang telah dilalui. Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips selepas melahirkan di hospital.

1. Ibu, Tukar segera baju setelah selesai segala urusan kelahiran agar anda lebih selesa. Sebaiknya mandi air panas ( mandi wiladah, iaitu mandi yang diwajibkan ke atas wanita muslim selepas melahirkan anak menurut pandangan Mazhab Imam Syafi'ie) agar badan lebih segar dan bertenaga.


2. Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor.

3. Apabila bayi tidur, ibu sepatutnya tidur. Dapatkan rehat secukupnya. Sudah tentu ibu akan berasa keletihan selepas bertarung nyawa ketika proses meneran keluar bayi anda (sekiranya bersalin normal) apatah lagi sekiranya anda melahirkan bayi secara caeseran.

4. Jangan malu meminta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemusykilan seperti bayi, diri sendiri, penyusuan susu ibu dan sebagainya.

* Selain daripada, jangan malu sekiranya anda ingin meminta bantuan pada rakan di sebelah katil untuk menjenguk bayi ibu, sekiranya berhajat ingin ke tandas sebentar. (Wujudkan hubungan mesra dengan rakan satu wad dan juga doktor serta jururawat yang bertugas. Ini akan menambahkan keyakinan pada diri anda).

* Sewaktu menyusukan anak sulung saya, saya memang Zero tentang ilmu penyusuan. Tidak tahu teknik yang betul untuk menyusukan bayi. Syukur ada teman sebelah katil yang pada ketika juga sedang menunggu untuk bersalin tapi masih cergas. Namanya Bulan. Dialah yang mengajar saya cara menyusukan anak saya. Siap dia minta izin untuk memegang PD saya, cara memasukkan ke mulut bayi saya. Allah, masa tu memang naif sangat-sangat tentang ilmu penyusuan. Mengandung anak kedua, saya bertekad untuk mendalami ilmu penyusuan. alhamdulillah, saya dapat menyusukan anak saya genap 2 tahun setengah. 

5. Pastikan biskut dan air berada dekat di sisi anda. Jadi, anda tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.
Selepas melahirkan Syifa', saya minum dan makan Chocolate keluaran The Milk Story Lunatots. Saya order Kak Line Lunatots Sabah (Azline Ishak). Sedap sangat2. Bancuh pekat2. aaummm. yummy ^_^

6. Terima tetamu yang mahu menziarahi bayi, tetapi hadkan masa kerana ibu dan bayi perlu masa untuk rehat.

Sekiranya anda melahirkan di hospital kerajaan, kebiasaannya anda dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan bahawa tahap kesihatan anda dan bayi baru lahir adalah pada tahap yangmemberangsangkan. Namun begitu, jika anda bersalin di hospital swasta pula, anda mungkin mengambil pakej bersalin . Oleh itu, anda akan dibenarkan untuk berehat dalam tempoh beberapa hari di sana.

ok,sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua ^_^ Sekiranya anda sedang mencari Set Kehamilan dan Berpantang yang selamat, semulajadi dan halal. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan Set Hamil dan Berpantang Shaklee.


Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)

Credit to: Majalah Pa & Ma Sept 2014.
Editing: Ummu Mardhiyyah


Saturday, 7 February 2015

Jenis-jenis Ruam Yang Biasa Berlaku Pada Bayi

Amat jarang bayi terlepas daripada terkena masalah ruam. Ruam terjadi disebabkan kulit bayi yang agak terlalu sensitif dan sangat cepat bertindak balas yang menyebabkan bayi menangis akibat tidak selesa dengan keadaan kerengsaan yang berlaku. Selain ruam lampin , terdapat ruam panas dan ruam susu yang biasa berlaku pada bayi.


RUAM PANAS

Bayi yang mengalami ruam panas akan mengalami bintik-bintik merah seakan jerawat. Ia berlaku apabila keadaan cuaca panas yang akan menyebabkan bayi rimas dan merengek. Pada ketika ini juga, bayi akan merengek kerana berasa rimas.

Rawatan:
Cuaca panas akan menyebabkan persekitaran panas. Pastikan bayi anada memakai pakaian yang nipis dan keadaan bilik yang sederhana. Kain kapas dan baju jenis berlubang adalah fabrik pilihan yang terbaik bagi si manja anda yang mengalami masalah ruam panas ini.

Jika di rumah anda tedapat Get Clean Basic H2 Shaklee, anda boleh jadikannya sebagai rawatan sabun alternatif anak anda. Selesai mandi dengan menggunakan Basic H2, anda boleh sapukan multipurpose cream Herbal Blend Shaklee pada anggota badan bayi anda yang terkena ruam. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Sehingga ini, jika kedua-dua anak perempuan saya yang masing-masing berusia 4 tahun dan 3 tahun, jika mereka mengalami masalah kegatalan pada kulit, saya akan mandikan mereka dengan Get Clean Basic H2 Shaklee dan  Herbal Blend. setakat ni , alhamdulillah, memang berjaya merawat masalah kulit gatal dan ruam pada anak-anak saya.


RUAM SUSU

Ruam susu terjadi  apabila kehadiran bintik-bintik merah di bahagian muka, leher dan dada bayi. Biasanya , ianya berlaku disebabkan ibubapa bayi tersebut yang mempunyai sejarah masalah alergi atau bayi yang mendapat susu ibu daripada ibu yang memakan telur, daging ayam, seafood, kekacang dan makanan penyebab alergi yang lain. Malah ada juga bayi yang alah kepada susu yang berasaskan protein lembu iaitu susu formula.

Rawatan:
Bagi ibu yang menyusukan susu ibu kepada bayi, ibu perlu elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan alergi. Selain daripada itu, sebaik sahaja bayi anda habis menyusu, segera bersihkan baki susu yang terdapat pada pipi, leher dan dada bayi anda. Kemudia, dapatkan krim pelembab yang sesuai untuk merawat ruam susu ini. Antara cream yang terbaik yang saya gunakan ialah Multi-purpose Cream Herbal Blend Shaklee. Kulit akan rasa sejuk, nyaman dan melembabkan kulit. Bukan sahaja bayi, orang dewasa pun boleh menggunakannya. Sangat berkesan untuk merawat kulit kering di telapak kaki, siku dan lutut. Boleh dijadikn sebagai pengganti losyen untuk seluruh tubuh badan ^_^


Credit to: Majalah Pa & Ma, September 2014.
Editing:Ummu Mardhiyah ^_^


p/s: Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan Get Clean Basic H2 dan Herbal Blend Multi-Purpose cream, anda boleh menghubungi saya ^_^

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com


 
Full design blog:jiakreatifelt.com