Wednesday, 26 February 2014

Set Berpantang Yang Selamat


Semasa mengandungkan anak kedua, saya selalu mencari maklumat di pakcik google tentang set berpantang yang selamat. Google punya google, asyik terjumpa set bersalin Shaklee. Akhirnya terbuka hati saya untuk mencuba set percubaan daripada salah seorang ejen Shaklee di Sabah. Saya nak try jek dulu sebelum betul-betul mengamalkannya. Ternyata selepas mengamalkan Vitamin Shaklee untuk ibu bersalin, sangat ketara perbezaannya dari segi kekuatan dan kecergasan menguruskan bayi dan urusan rumahtangga. Doktor sendiri terkejut sebab darah beku cepat surut, dan rahim saya cepat mengecut. Saya tak rasa sembelit dan terasa lebih cerdas dan tanpa rasa lesu sebagaimana kelahiran anak pertama saya.


Akhirnya saya terus jatuh cinta ngan Set Berpantang Shaklee. Selepas pengambilan set percubaan untuk ibu yang bersalin, saya teruskan pulak dengan penambahan beberapa vitamin Shaklee untuk tujuan penyusuan iaitu Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP)

Yang bestnya ngan Vitamin Shaklee ni, apa-apa yang pernah diambil semasa hamil, boleh diambil semasa dalam tempoh berpantang dan juga tempoh penyusuan bayi. Inilah menyebabkan hati tertambat dengan vitamin-vitamin Shaklee. AKhirnya pada bulan November 2012, saya pun mendaftar menjadi ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri tapi lama kelamaan terdorong nak buat bisness Shaklee. Alhamdulillah rezeki dari Allah mencurah-curah. 

ok2, teman nak cerita, apa yang ada pada set berpantang Shaklee sehingga ianya dikatakan selamat untuk ibu dan bayi? Malam ni mood nak cerita tentang set bersalin. Anak-anak dah tidor, senang ummi nak update blog hehe.. Berikut adalah informasi berkaitan vitamin-vitamin Shaklee yang terdapat di dalam Set Berpantang Shaklee.


B-complex

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty.



Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


Vitamin C

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.


Zink

- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.


Energizing soy Protein- ESP

- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Memberi tenaga segera kepada badan
- Memekatkan susu badan

Alfalfa

- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu (milk booster).
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin


Ostematrix

-Membekalkan sumber kalsium
-Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
-Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
-Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
-Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
-Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
-Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi.
-Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
-Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
-Membantu masalah gastrik.
-Membantu dalam pengurusan badan
-Membantu dalam mengatasi sembelit.

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Tuesday, 25 February 2014

Diet Untuk Kehamilan Yang Sihat

Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?

Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
  • Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Adakah saya perlu makan lebih memandangkan saya kini hamil?

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:

  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:

  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Menjelang akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Perlukah saya ambil sebarang vitamin tambahan?

Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:

Apakah makanan yang perlu saya elakkan semasa hamil?

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. Baca lebih lanjut mengenai makan di gerai semasa hamil.
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.

Bolehkah saya berdiet?

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambah berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika berat badan anda berlebihan, anda boleh mengubahsuai diet anda dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula serta melakukan senaman. Walau bagaimanapun, mintalah nasihat doktor dahulu sebelum menukar corak pemakanan atau meningkatkan senaman.

Apakah cara yang sihat untuk menambah berat badan?

Pertambahan berat badan yang baik ialah yang berlaku secara beransur-ansur. Berat badan anda mungkin meningkat sebanyak 10kg hingga 12.5kg sepanjang kehamilan.

Ingatlah bahawa penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Oleh itu, tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat yang mengandungi banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran, protein serta susu dan produk tenusu, dan sedikit sahaja lemak dan gula.

Waktu penambahan berat badan itu berlaku juga penting. Anda mungkin hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama. Berat anda sepatutnya  meningkat secara beransur-ansur sepanjang trimester kedua, manakala pertambahan berat badan paling banyak berlaku dalam trimester ketiga iaitu apabila tumbesaran bayi dalam kandungan anda berlaku dengan pesat.

Berapa kalikah saya perlu makan setiap hari?

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan dengan kerap. Sasarkan untuk makan tiga hidangan utama sehari dengan dua atau tiga snek sihat di antaranya. Dan jika mabuk hamil, alahan terhadap makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, makanlah lebih kerap pada jumlah yang sedikit. Anda mungkin dapati makan lima atau enam hidangan kecil sehari lebih mudah diterima oleh badan anda.

Memakan makanan yang tinggi kandungan serat dan yang diperbuat daripada bijian penuh akan membantu anda berasa kenyang. Tambahan pula ia lebih berkhasiat.

Bolehkah saya makan makanan yang tidak sesuai sekali-sekala?

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda.

Jadi untuk snek, cuba makan pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika sekali-sekala anda makan biskut manis. Nikmatilah setiap gigitan!


Credit to:
http://www.babycenter.com.my/


Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Apakah makanan yang perlu saya elakkan semasa hamil?

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.


  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. Baca lebih lanjut mengenai .
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Set Kehamilan Shaklee Terbaik



Hari ni mood nak cerita tentang Set Kehamilan Shaklee Terbaik untuk pilihan ibu masa kini. Tumpang gembira kerana kawan-kawan kat sekolah ramai yang dah hamil. Alhamdulillah. Sepanjang saya hamil anak kedua Nur Syifa' Mardhiyyah, saya berusaha untuk mencari set bersalin yang selamat untuk ibu dan bayi bakal dilahirkan. Akhirnya saya terjumpa Set Bersalin Shaklee.. Yang bestnya, sebahagian besar Vitamin dalam Set Bersalin Shaklee, boleh di ambik semasa mengandung dan semasa penyusuan iaitu B Complex, Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Ostematrix Kalsium dan Energizing Soy Protein (ESP). 

Eh, entri kali ni saya bukan nak cerita tentang Set Bersalin Shaklee tapi saya nak cerita tentang Set Kehamilan Shaklee terbaik untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

(Untuk paparan lebih jelas, klik pada gambar)


Ibu-ibu yang penyayang, memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. .
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
  • Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.
Jika ibu-ibu khuatir buah-buahan dan sayur-sayuran yang diambil mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain. Ataupun khuatir kehilangan nutrien dalam makanan, gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat daripada pengambilan kafien, gula dan garam berlebihan... Kini ibu-ibu tak perlu bimbang.. Set Kehamilan Shaklee Terbaik dan Pilihan yang tepat untuk ibu-ibu masa kini.

Apa yang ada pada Set Kehamilan Shaklee? InshaAllah saya akan terangkan pada entri yang seterusnya ya.
Salam tulus ikhlas dari saya.

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday, 16 February 2014

Luahan Hati Kenangan&Kerinduan Pada Ayah Tercinta


Assalamu'alaykum dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah, hari ni diberi kekuatan untuk mengupdate blog yang dah lamaaa sangat2 terbiar buat seketika.. Sejak awal Disember ujian datang bertimpa-timpa.. Allahu Rabbi.. tak mampu untuk saya menghadapi semuanya jika tidak atas pertolongan ALlah SWT...


Pada 30.Januari,2014 bersamaan Malam Jumaat masuk 29.Rabi'ulawwal.1435H.. ayah saya kembali ke Rahmatullah di Unit Kecemasan, Hospital Kota Kinabalu, Sabah..alhamdulillah saya sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah Syahadat sedang ketika itu doktor sedang sibuk membuat CPR. Setiap kali saya mengajak ayah saya mengucap Syahadat, setiap kali itulah, ayah saya menarik nafas dan denyutan jantung kembali... kelihatan doktor lelaki yang sedang melakukan CPR ke atas dada ayah saya bercucuran air mata.. Dalam hati,masih menafikan bahawa ayah saya sedang menghadapi sakaratulmaut. Saya pegang di bawah ketiak ayah saya, masih terasa panas dan saya teruskan mengajak ayah mengucap berkali-kali sehinggalah sampai satu tahap terasa siku saya ditarik oleh seseorang (saya tak pasti sama ada doktor wanita atau nurse) dan mengatakan arwah dah tak de. Nurse kata denyutan jantung dan nadi arwah dah tak de pada jam 7.11 malam. Mereka minta izin saya untuk membersihkan jenazah ayah saya. Saya menangis dalam pelukan kakak sepupu saya Dyg Ratnah. saya dibawa ke bilik rehat. semua orang dalam kesedihan dan menangis terutama mak saya yang tak henti-henti menangis. 

Saya usahakan untuk mengumpul kekuatan, saya keluar dari bilik rehat dan menuju ke katil di mana jenazah ayah saya masih terbaring. Saya berniat untuk membantu apa-apa yang boleh dibantu untuk menguruskan jenazah ayah saya.  Kelihatan seorang nurse sedang mengikat kepala ayah saya untuk memastikan dagu dan mulutnya tertutup rapat. Saya kata pada nurse tu "Nurse, tolong pegang pelan2 ayah saya ya, tolong baca selawat ya masa nak pegang ayah saya. Dia sakit tu. Mati ni sakit sakit sangat". Kata nurse "Ya kak. inshaALlah". Saya bertanya lagi "Nurse, doktor ada ajak tak juga bapa saya mengucap Syahadat sebelum saya ajak ayah saya mengucap". "Ada jangan risau, inshaAllah ayah akak sempat mengucap". Tangan saya terketar-ketar memegang tubuh kaku ayah saya. Saya minta izin untuk membantu membetulkan ikatan di dagu arwah ayah saya. Setelah selesai, kelihatan ada sedikit air mata mengalir di hujung kelopak mata arwah ayah. Saya kesatkan air matanya dan saya cium dahi arwah ayah ..lama.. saya bisikan pada arwah ayah saya sayang dia saya minta maaf atas salah silap saya padanya.. Dalam hati, saya berazam, untuk sedapat mungkin, sekerap mungkin bersedekah pahala bacaan surah yassin buat arwah ayah. [Ya Allah permudahkanlah ya Allah]


Sampai saat ni saya tak percaya, bahawa saya dah kehilangan seorang ayah yang berwibawa, yang penyayang, penyabar dan pemurah hati.Anak-anak dan menantu menjadikan arwah sebagai idola sebagai seorang suami dan sebagai seorang bapa. Arwah sangat berusaha untuk menjaga hati orang, suka menghiburkan hati keluarga dan rakan taulan dengan senda guraunya. Suka menolong orang sekalipun ramai yang ambik kesempatan di atas keikhlasan hati arwah menolong mereka. Arwah seorang yang cukup tegas dan sangat pembersih. Suka memberi nasihat dengan bahasa yang boleh diterima hati. Tak suka barang bersepah dan berhabuk.

Sampai saat ini ni rasa seperti macam tak percaya ayah saya dah tak de.. Tiada lagi kata-kata nasihat dan motivasi dari bibir seorang ayah. Semua pesanannya sehingga kini akan diamalkan sedaya upaya. Apabila teringat pada arwah, pesan nenek, sedekahkan pahala bacaan Surah Yassin dan Alfatihah serta doa moga Ayah saya yang bernama Saman Bin Ag.Usop diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT, diangkat darjatnya di sisi Allah, diluaskan dan diterangi kuburnya dan dilindungi ALlah dari fitnah Kubur. Aameen ya Allah (T_T).. I really miss him right now...Hanya doa menjadi "penghubung" kami... Ya Allah berikan kami sekeluarga kekuatan di atas ketentuan Mu ini..Aameen ya Allah.

Saya teringat kata-kata ayah saya pada Disember 2013 "Jannah, nanti Bulan 2 tahun depan, ddy mau pegi umrah sama Tua Hj.Bakar kamu.. Nanti belanja ddy aa. RM1000 seorang untuk duit poket ddy"
saya jawab "Boleh bah dy".. [Dijadualkan ayah saya akan menunaikan Umrah bersama pakcik saya, sepupu arwah untuk bersama-sama ke sana pada 15.Februari.2014]



Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat menyatakan sesuatu kepada makciknya yang dipanggil Buda. "Buda, awal dan akhir sama jua nya ba kan... macam nda sempat mau pegi umrah ni"... Nenek Buda pun cakap "mana ulah... Jangan cakap macam miatu.. inshaAllah sembuh jua ku nanti"...Arwah ddy hanya diam membisu, tersenyum tawar.. 

Oleh kerana hajat ayah saya tak kesampaian, saya berniat nak buat upah umrah buat arwah ayah saya. Alhamdulillah, Ketika kenduri arwah yang ketiga, pakcik saya datang menyatakan hasratnya ingin  bersedekah melakukan umrah buat ayah saya dan saya turut menyatakan hasrat saya untuk menunaikan hajat arwah. Syukur kepada Allah SWT, pada hari Ahad 9hb.Feb.2014 isteri abang sepupu saya membuat pembayaran barangan Shaklee sebanyak RM700+.. dan pada hari yang sama, pakcik saya datang untuk menyatakan prosedur melakukan upah umrah. Beliau menyatakan sediakan sahaja RM500. Kalau ada lebih, dia akan pulangkan duit tersebut. Dengan duit jualan Shaklee itulah saya membuat pembayaran untuk upah umrah buat arwah. Terasa semuanya dipermudahkan.

Pada 12.Februari.2014, selepas balik dari sekolah, saya terus singgah ke Tabung Haji untuk bertanyakan tentang Badal Haji. Saya berniat nak menunaikan hasrat murni ayah saya untuk menunaikan haji dengan melakukan Badal Haji. Pegawai Tabung Haji kata, saya kena datang ke Tabung Haji pada 1 Rejab 1435H sama ada pagi atau petang untuk pendaftaran dan dalam akaun Tabung Haji saya mesti ada duit sejumlah RM2500.  Syukur alhamdulillah, duit dalam Tabung Haji saya dah terkumpul RM2000 hasil potongan gaji tiap-tiap bulan, InshaALlah mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan untuk menunaikan Badal Haji buat arwah daddy saya Saman Bin Ag.Usop.  Doakan saya ya.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi maklumat pada pembaca diluar sana bagaimana prosedur untuk melakukan upah umrah dan Badal Haji buat kaum kerabat yang tak berkesampaian ke sana kerana telah kembali ke rahmatullah ataupun sakit tak berdaya untuk ke sana. Semoga dipermudahkan urusan kita. InshaALlah. Aameen.

ALFATIHAH buat ayahanda tercinta dunia akhirat...
Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


 
Full design blog:jiakreatifelt.com