Saturday 11 April 2015

Punca Susu Ibu Merudum

Assalamu'alaykum And Hai mommies. Entri kali ini saya nak kongsikan informasi tentang punca susu ibu merudum. Sebelum itu, saya nak tanya beberapa soalan yang mommies kena jawab :

 1.Adakah sesi perahan dan sesi penyusuan terus dilakukan secara konsisten?

 2.Adakah ibu sentiasa tertekan/ stress di tempat kerja atau persekitaran anda?

3.Adakah ibu tidak sihat?

4.Adakah ibu kurang minum air yang cukup seperti yang disarankan iaitu tiga liter sehari?

5.Adakah ibu sedang mengambil pil perancang?

6.Adakah ibu sedang mengandung?

7.Adakah ibu sedang mengikuti diet yang ketat?

8.Prestasi pam payudara ibu, bilakah kali terakhir ibu
 servis breastpump? Satu tahun ke atas?

Mommies, jika jawapan bagi setiap soalan ialah "YA". Maka ada kemungkinan besar, itulah punca susu ibu jadi merudum.

JANGAN risau, bersama artikel ringkas ini saya lampirkan tips untuk merangsang dan membantu menambahkan air susu ibu.

 1.Penjagaan diri, hati dan persekitaran mommies.




 2.Amalkan pemakanan mommies yang sihat.
I) Perbanyakkan makan makanan yang dikatakan mampu merangsang pengeluaran air susu ibu.

 II) Minum air masak/ air mineral tiga liter sehari

 III) Amalkan makan makanan tambah yang membantu ibu sihat, gembira dan seterus berupaya merangsang pengeluaran air susu ibu. Contohnya produk shaklee . Terdapat beberapa vitamin dalam Shaklee yang disarankan diambil oleh ibu yang menyusu badan.


Jika anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya: |Suzana Binti Hj.Saman|SID:868307| email:ummumardhiah81@gmail.com|  FB: Ummu Mardhiyyah| 0138974397|































Thursday 9 April 2015

IKHLAS

"Ikhlas adalah rahsia antara Allah SWT dan hamba-hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga dia tidak berkuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaithan, sehingga dia tidak berkuasa".

 Tidak ramai orang memahami makna ikhlas sekalipun oleh orang yang baru berusaha untuk menjadikannya sebagai amalan. Kata-kata ini sangat difahami oleh orang yang sudah lama merasai dan menikmati kelazatan beribadah kepada Allah SWT.

 Makna IKHLAS

 IKHLAS adalah bermaksud ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan , yang dinampakkan, hidup atau mati hanya untuk redha Allah SWT semata-mata.

Para 'ulama mengatakan ikhlas ialah:

1. Mengkhususkan tujuan semua perbuatan kepada Allah SWT semata-mata.
 2. Melupakan pandangan manusia sehingga kita hanya melihat Yang Maha Pencipta saja.
 3. Tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang tetapi hanya mengharap Pandangan Allah SWT.


IKhlas merupakan KUNCI AMALAN HATI. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan. Ini kerana, diterima atau tidaknya suatu amal akan bergantung kepada keikhlasan hamba yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT sahaja.


Semoga segala amal soleh kita diterima Allah. Aameen.


P/s: penulisan artikel ini digarap melalui kitab "Islahul Qulub" (Penyucian Hati) karangan Amru Khalid.


 FB: Ummu Mardhiyyah
 0138974397
 Pendakwah Bebas di sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud, Bongawan dan Papar















Monday 6 April 2015

CACAT TETAPI...

Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.

Salah satu soalannya:
"Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ini".


"Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap  dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki."

"Tapi tuan juga tidak mampu melihat."

"Ya, betul itu, saya tidak ada peluang memandang perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka."

"Tapi apa yang tuan ada?"

"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa BERSANGKA BAIK dengan ALLAH. Dengan mulut ini jugalah saya MAMPU BERZIKIR dan MEMBACA AL-QURAN. ALhamdulillah."

MORAL/ IKTIBAR:
* Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia 
   adalah satu kelebihan.
* Sentiasalah bersangka baik pada Allah.
* Sabar dan Redha atas ketentuan ALlah adalah amat baik di sisiNya. Tidak  
   Dia membebankan seseorang itu melainkan atas kesanggupan mereka.

ESP MEMBANYAKKAN SUSU BADAN

Hari ini cikgu blogger saya sarankan saya menulis blog dengan cara mencari Keyword di google.com. hehe contohnya ESP membanyakkan susu badan ibu. Kebetulan pulak, "cucu Shaklee" saya yang sedang mengandung 30 minggu pm saya di WhatsApp (0138974397) menyatakan kegembiraannya. Baru sahaja minum ESP selama seminggu, dan usia baby dalam kandungannya berusia 30 minggu, air susu sudah keluar. Meh tengok print screen testimoni "fresh dari oven" ni hehehe

1 month ago, seorang customer saya bernama Syahirah yang saya panggil adik, baru sahaja seminggu consume ESP , air susu semakin banyak. Memilih ESP selepas menghubungi saya melalui FB saya Ummu Mardhiyyah dan FB Page saya "Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam kerana anaknya kurang berat dan susu badannya juga semakin berkurang.






Pasti dan terbukti ESP sangat berkesan membantu ibu-ibu sama ada ibu yang sedang hamil (risau tak de air susu bila bersalin nanti), atau ibu yang sedang berpantang untuk membanyakkan dan memekatkan air susu ibu.


Apa kandungan ESP?
  • mengandungi hanya kacang soya non-GMO (ia tidak diubahsuai secara genetik) dan diproses dibawah suhu rendah.
  • mengandungi 22 jenis asid amino dan merupakan satu-satunya produk dipasaran yg menyediakan 9 asid amino penting, yang tubuh manusia tidak boleh hasilkan. 

BAGAIMANA ESP MERIAHKAN SUSU IBU?
  • ESP boleh membantu dalam penyusuan ibu dengan mengisi kekurangan sumber nutrisi (protein dan kalsium) yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. 
  • Menurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari. 
  • Oleh itu, ESP dapat membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan penting dalam susu ibu.
  • Kesimpulannya,untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti seiring dengan pengambilan ESP, para ibu perlu mengamalkan teknik penyusuan yang betul, mengambil air yang cukup dan mempraktikkan jadual pam yang konsisten. Iaitu konsep supply and demand.
  • Selain bayi kenyang dengan susu yang dihasilkan, para ibu juga memperoleh bonus lain iaitu mereka akan lebih bertenaga dan mempunyai kulit yang cantik dan gebu. 
  •  
    ok, Sesiapa yang berminat nak mencuba ESP ni, bolehlah mencubanya dan menghubungi saya. Saya dah cuba, setiap 3 bulan selepas habis ESP, saya akan order semula. Why? sebab ianya sangat berkesan pada saya menambah air susu badan dan anak saya bernama Nur Syifa' Mardhiyyah sehingga kini masih menyusu badan walaupun sudah berusia 2 tahun 5 bulan ^_^. Apapun, semua ini adalah rezeki Allah. Susu ibu adalah kurniaan Allah dan hak untuk anak-anak kita.

    Puan Jannah [FB: Ummu Mardhiyyah] Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]
    013-8974397|ummumardhiah81@gmail.com


    FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam

    Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)

Sunday 5 April 2015

PASIR MENJADI MUTIARA


Hari ini saya ingin mencoret kisah "Pasir Menjadi Mutiara". Alkisahnya.. di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut. 

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah -ludah pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cengkerang seluas-luasnya agar pasir dapat dikeluarkan , namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cengkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya,:
" Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada yang lebih baik?"

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia SEBUTIR MUTIARA yang asalnya hanya PASIR.


MORAL/ IKTIBAR:
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan AKAL, LIMA PANCAINDERA,  HATI & STATUS SEBAGAI KHALIFAH, apa agakya yang manusia mampu lakukan? ^_^ sama-sama kita renungkan dan muhasabah bersama.

Credit To: Majalah Solusi

Wednesday 1 April 2015

APA ITU DETOX?

Apa itu detox?

Detox sangat penting untuk membantu mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Apabila toksin terlalu banyak di dalam tubuh seseorang, ini menyukarkan badan menyerap nutrien makanan yang kita makan sama ada daripada mana-mana makanan tambahan mahupun makanan harian yang diambil. Detox ialah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan najis besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sebab itulah detox itu sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya penyerapan nutrien adalah pada kadar optimum.

Apa dia pilihan makanan untuk detox? Jom klik gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.



Sistem penghadaman yang baik adalah ASAS kepada tubuh badan yang sihat.

Pernahkah anda mengalami masalah sembelit, demam, flu, kelebihan berat badan, selulit, kadar kolesterol darah berlebihan, lesu kronis, penyakit/gangguan dalam perut? Sekiranya pernah, ini menunjukkan anda perlu detox tubuh badan anda.

Badan yang dibebani dengan kandungan toksin yang tinggi akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kelesuan, kembung perut, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat (contohnya berjerawat, ruam gatal), tekanan mental, tidur yang tidak lena, daya tumpuan lemah, sakit tekak, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukosa yang tidak seimbang, badan agak berbau dan mukus berlebihan. 


Kesimpulannya, detox memang sangat penting tapi yang paling penting ialah menjaga kesihatan diri di dalam dan luar tubuh badan kita. Sama ada kita menjalani detox atau tidak, diet pemakanan yang diambil seharian hendaklah dijaga. Termasuklah dalam soal pemilihan pengambilan makanan tambahan seharian untuk menampung nutrisi yang kurang.

Anda sedang mencari produk untuk detox badan secara semulajadi? Shaklee mempunyai Super Detox Set dan Digestive Health Set.

Super Detox Set
(DETOX COMPLEX + ALFALFA COMPLEX + GARLIC COMPLEX)

Digestive Health Set
(PEPPERMINT- Ginger Plus + ESP + ALFALFA COMPLEX + HERB LAX)

Set Detox Bajet
(ALFALFA COMPLEX + HERB LAX)



ok, Sesiapa yang berminat nak mencuba Set Detox ini,  bolehlah mencubanya dan menghubungi saya. Free consultation dengan setiap pembelian produk Shaklee daripada saya.

Hubungi saya: ^_^

Puan Jannah [FB: Ummu Mardhiyyah] Shaklee Independent Distributor [ID No : 868307]
013-8974397|ummumardhiah81@gmail.com

Salam tulus ikhlas daripada saya Ummu Mardhiyyah (Ibu kepada Mardhiyyah)

 
Full design blog:jiakreatifelt.com