Thursday 29 January 2015

Vitamin E penyebab parut

Assalamu'alaykum salam sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsi cerita tentang pengalaman saya sendiri menggunakan Vitamin E. Vitamin E menjadi penyebab parut hilang. Saya dah jatuh cinta dengan Vitamin E Shaklee ni sejak parut pada muka anak saya Nur Syifa' sudah hilang tanpa meninggalkan parut.


Untuk makluman, saya memang berpantang untuk tidak mengambil sebarang seafood yang "kuat" seperti udang, ketam dan sotong. Tapi sejak saya amalkan Set Resdung Shaklee  yang terdiri daripada Vitamin B complex, Vitamin C dan alfalfa complex, saya sudah boleh merasakan keenakkan daging udang dan sotong. Alhamdulillah, cuma Ketam jak yang saya ndak (tidak) berani. Sebab bagi saya ketam ni "berbisa' he he he ^_^. Pernah suatu hari tu, adik saya Sheila, merasa kuah masakan ketam. Kuah saja tu tapi Nda sampai 5 minit. Bibirnya naik bengkak. Family History, memang kulit allergic sebelah mummy saya.  

Nak dijadikan cerita, mertua dan suami saya, menyuapkan Syifa' dengan daging ketam. Ketam rebus. Mak aih, esoknya habis badan SYifa' gatal-gatal. hari kedua, muka Syifa' nampak berbintil-bintil air dan melepuh. Nampak seolah-olah macam hangus kena getah mangga.  Aduina, panik betul saya masa tu. Bawa pegi Dr.Martavan , doktor paling "kuat" konon ubatnya. sekali sapu, kulit Syifa' tambah nampak macam hangus terbakar.

Google punya google, tanya punya tanya, risik punya risik. Akhirnya, Saya try Shaklee Get Clean Basic H2 sebagai sabun muka dan seluruh badan Syifa'. "Berpuasa" daripada sebarang sabun. Hanya Basic H2 jak saya gunakan sebagai sabun mandian dan cucian pada luka-luka di muka Syifa'. Selepas mandi, pada waktu pagi, petang dan semasa Syifa' tidur, saya sapukan dengan vitamin E sahaja. Alhamdulillah, dalam 3 minggu, kulit Syifa' sudah menampakkan hasil. Parut semakin menipis dan hilang ^_^. 

Dan kini, parut di tangan dan muka Syifa' sudah hilang sepenuhnya. ALhamdulillah. Saya suka berkongsi pengalaman sendiri dan saya mahu semua orang merasai dan menikmati kesihatan yang lebih baik dengan mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang dan ditambah dengan amalan pemakanan tambahan (supplemen) bagi menampung kekurangan nutrisi harian kita.

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Saturday 10 January 2015

Cara Memusnahkan Sel-sel Barah Kanser

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk memusnahkan sel barah kanser dengan mengamalkan lapan surah yang terdapat di dalam alquran. Sesungguhnya AlQuran adalah merupakan syifa' (penawar) bagi orang-orang beriman.Lapan surah ini hendaklah diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser.Jika pesakit dapat membaca surah tersebut adalah lebih baik.Jika tidak terdaya atau pesakit kurang baik bacaannya, maka boleh meminta suami/ isteri, ayah atau orang lain membacakan untuknya.


 Seelok-eloknya, sebelum membaca surah tersebut, hendaklah:
 ☆ Istighfar 10x
 ☆ Selawat ke atas Nabi SAW 10X
 ☆ Alfatihah 1x
 Sediakan sebotol air bersih lagi suci dan menyucikan dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.  pesakit dinasihatkan mengamalkan minuman yang dibacakan lapan surah itu setiap hari dan menyapu air penawar tersebut ke atas kawasan yang terkena barah kanser. INSHA'ALLAH, sakit dan kesembuhan itu semua atas keizinan dan kekuasaan Allah SWT.

 Di sini saya kongsikan penyebab kanser payudara. Boleh rujuk pada slide di bawah.


Untuk kaedah alternatif yang lain untuk memusnahkan sel barah kanser ialah dengan mengamalkan tonik botani keluaran Shaklee iaitu vivix.  Campuran unik botani Polyganum, Cuspidatum, Anggur Muscadine Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Berikut adalah merupakan kebaikan Vivix Shaklee:



Untuk makluman, pada bulan Januari ini promosi Vivix Shaklee. Untuk mendapatkan harga istimewa, anda boleh menghubungi saya terus di nombor yang tertera di bawah ^_^.



Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^) 
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email: ummumardhiah81.gmail.com





Cara Memusnahkan Sel-sel Barah Kanser

Assalamu'alaykum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk memusnahkan sel barah kanser dengan mengamalkan lapan surah yang terdapat di dalam alquran. Sesungguhnya AlQuran adalah merupakan syifa' (penawar) bagi orang-orang beriman.Lapan surah ini hendaklah diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser.Jika pesakit dapat membaca surah tersebut adalah lebih baik.Jika tidak terdaya atau pesakit kurang baik bacaannya, maka boleh meminta suami/ isteri, ayah atau orang lain membacakan untuknya.


 Seelok-eloknya, sebelum membaca surah tersebut, hendaklah:
 ☆ Istighfar 10x
 ☆ Selawat ke atas Nabi SAW 10X
 ☆ Alfatihah 1x
 Sediakan sebotol air bersih lagi suci dan menyucikan dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.  pesakit dinasihatkan mengamalkan minuman yang dibacakan lapan surah itu setiap hari dan menyapu air penawar tersebut ke atas kawasan yang terkena barah kanser. INSHA'ALLAH, sakit dan kesembuhan itu semua atas keizinan dan kekuasaan Allah SWT.

 Di sini saya kongsikan penyebab kanser payudara. Boleh rujuk pada slide di bawah.


Untuk kaedah alternatif yang lain untuk memusnahkan sel barah kanser ialah dengan mengamalkan tonik botani keluaran Shaklee iaitu vivix.  Campuran unik botani Polyganum, Cuspidatum, Anggur Muscadine Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Berikut adalah merupakan kebaikan Vivix Shaklee:



Untuk makluman, pada bulan Januari ini promosi Vivix Shaklee. Untuk mendapatkan harga istimewa, anda boleh menghubungi saya terus di nombor yang tertera di bawah ^_^.







Thursday 8 January 2015

PERSOALAN ANTARA FACEBOOK, YAHUDI DAN HUKUM

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?



Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :

Even after you remove information from your profile or delete your acc"ount, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.


KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h (05 Januari 2010)

Tuesday 6 January 2015

TAZKIRAH : BALASAN MELEWATKAN SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.. Dialah Yang Menciptakan apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar kita kekasih Allah Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah yaumul qiyamah..

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...

Sekalian pembaca yang ana hormati pada jalan Allah..

Pagi ini ana sempat membuka Facebook...ana menulis di Wall dengan ucapan:
"Kbaikn mnghidupkn cahaya d dalam hti & kekuatan dlm ber'amal. Sedangkn kburukan mnyebabkn kgelapn dalam hati & kelemahan dalam ber'amal. Jadiknlh hari ini lebih baik dr smlm, andai ada hri esok, jdikan hri esok lebih baik dr hri ini...Andai diri x pernah solat... segerakanlah menunaikannya. JGN TUNGGU SAAT PMBALSAN sdgkn diri belum mbuat "persiapan"...
Saat ana klik dkt HOME, ana terjumpa dengan satu artikel yg dishare oleh salah seorang kawan yang ada dalam list. Artikel ini jika dibaca dengan mata hati, dgn 'aqal yg waras, dipertimbangkn dgn 'ilmu dan al-qur'an... insha'Allah...kita akan berasa insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan MELEWAT-LEWATKAN SOLAT DENGAN SENGAJA, tanpa ada keuzuran...Mungkin ada yang berpuas hati dan x kurang juga ada yg bg 'komplen' ttg kebenaran cerita ini...ana hnya skadar ingin berkongsi, dan mohon bacalah dgn MATA HATI... sesungguhnya setiap sesuatu itu ada maksud tersirat di sebalik yg tersurat.

Marilah kita bersama-sama membacanya...dan renungkan, serta ambik iktibar...(T_T)

Balasan...Melewatkan Waktu Solat

by Zun Nun Al Misri on Sunday, 31 October 2010 at 12:46

بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Sebagai gambar hiasan pemudah cerita
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
laman facebook:http://www.facebook.com/profile.php?id=1653352718#!/note.php?note_id=158405774195048&id=1690640107


p/s:

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Ketahuilah kalian, bahawa...sesunggunya Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.

Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:
• Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;
• Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;
• Dia akan dibenci oleh orang beriman.

Bala ketika saat meninggal dunia:
• Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;
• Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
• Dia dikhuatirkan kehilangan iman. (na'uuzubillaahi min zalik)
Bala di dalam kubur:
• Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;
• Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;

Bala di akhirat:
• Hisab menjadi berat;
• Dimurkai Allah SWT;
• Diseksa Allah SWT dengan api neraka.

Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu. Marilah kita ber'amal untuk kehidupan kita selepas kematian, iaitu kehidupan yang abadan abada.

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW (SALAM MAULIDURRASUL 1436H)


اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi
صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa

11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita

12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala

16. Membersihkan hati dan mensucikannya

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat

19. Mendapat doa dan salam Nabi
صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil

24. Terlepas daripada kutukan Nabi
صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah
صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya
صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya
صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Kitab Maulid Ad-Daibai & Kitab 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maulidurrasul 1436H buat semua umat . Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlaq mulia.




PETIKAN 

KONGSI RESIPI DAGING KAMBING PANGGANG (OVEN)


Bismillah... pembuka awal bicara. Assalamu'alaykum dan salam sejahtera. Hari ni terpanggil mau kongsi resipi Daging Kambing Panggang yang dimasak dalam oven. Ni resipi yang saya try test sendiri. Suami saya minta tolong masak kambing panggang. Mulanya saya mau masak kari kambing atau biasanya orang sebut Gulai Kambing. Tapi suami saya cakap, "ada oven besar2, masak di oven saja bah".

^_^


RESIPINYA (saya main campak-campak bahan-bahan yang ada di dapur) ngeeee ^^_

3 keping rusuk kambing
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)
7 ulas bawang putih  (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 sudu besar (ketumbar)
3 Sudu besar madu
3 Sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 kiub stok ayam
3 sudu minyak bijan

perapkan semua bahan-bahan ni... perap dalam masa 30 minit pun ok sudah.



Kemudian, bakar dalam oven dalam suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.



Kalau ada yang tidak suka bau kambing. Boleh hilangkan bau dengan jintan manis, jintan putih dan cengkih. Saya tidak suka bau kambing, saya bubuhlah bahan-bahan yang menghilangkan bau kambing. Sebenarnya dulu saya memang tidak gemar makan daging kambing. Pendek cerita, tidak pandai makan. Walaupun dihidang Lamb Chop (hehehe betul ka ejaanya ni?). Saya tidak menjamah walau sedikit. Sebab kalau makan kambing akan terbayang kambing yang berbau sedang berjalan di depan mata :P


Tapi selepas suami saya cakap "kambing ni makanan sunnah Nabi SAW."... terkedu saya. Saya pun mula belajar makan daging kambing. hehehe ^_^



Ada yang risau , kalau makan daging kambing atau daging merah, akan cepat pening dan loya. Ni adalah simptom penyakit darah tinggi. Kalau saya, selepas makan daging kambing, saya akan makan Omega Guard Shaklee dan Garlic Complex Shaklee. Mummy saya pun cakap, kalau dia rasa pening atau sakit kepala, dan kebetulan ubat darah tinggi mummy saya sudah habis, mummy akan cepat-cepat telan 2 biji Garlic Complex. Alhamdulillah, dengan izin ALlah memang lega ^_^.

SELAMAT MENCUBA RESIPI SAYA.

Oh ya, maaf. Tak sempat snap gambar Daging Kambing Panggang, sebab habis dimakan encik suami dan anak-anak. hehehe ^_^ Rasa yumy...



Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)

FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com



 
Full design blog:jiakreatifelt.com