Tuesday 9 September 2014

LOKASI-LOKASI CAWANGAN ATAU BRANCH SHAKLEE DI MALAYSIA

Hai semua. Anda pengguna setia Shaklee? Sekiranya anda adalah pengguna setia produk Shaklee, PALING PENTING untuk anda mengetahui lokasi-lokasi Cawangan Shaklee di kawasan anda. Manalah tahu, mungkin tempat tinggal anda dengan cawangan Shaklee sangat dekat.

Apa kelebihan untuk mengetahui cawangan Shaklee yang berdekatan? Anda tak perlu lagi menanggung kos pos penghantara kurier dan menunggu dalam tempoh 2 hingga 3 hari penghantaran. Anda boleh dapatkan terus produk-produk Shaklee di setiap kaunter cawangan Shaklee yang berdekatan.

Jika anda pengguna setia Shaklee dan ingin menjadi ahli Shaklee, apa yang perlu anda buat ialah:
  1. 1. Ambil borang pendaftaran ahli di kaunter dengan bayaran 30 sen sehelai.
  2. 2. Isi borang tersebut. Di ruangan penaja, anda lengkapkan nama saya SUZANA BINTI SAMAN, ID: 868307, sebagai penaja anda. Setelah lengkap mengisi borang tersebut, ANDA LAYAK MEMBELI DENGAN HARGA AHLI ^_^.
  3. Perlu diingat, anda akan dicas RM65 sahaja untuk yuran pendaftaran keahlian seumur hidup (Tak perlu renew). Jimat kan? ^_^
  4. Selepas itu, anda boleh ambil borang pembelian produk dan hantar bersama borang pendaftaran ahli. Setelah selesai didaftarkan, anda hanya perlu menunggu barangan anda diberikan terus kepada anda. Sesetengah branch , perlu menunggu giliran untuk mendapatkan produk yang dibeli. senang kan? ^_^

Gambar di bawah adalah lokasi cawangan Shaklee di Malaysia.

Cawangan-Cawangan Shaklee Malaysia

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Peta Lokasi
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : support@shaklee.com.my
Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam
Sila hubungi:
Khor Cheng Huat, Pengurus Kanan Operasi



Klik pada gambar untuk papar yang jelas ^_^

PETA SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG

Jom ibu-ibu , kita teliti beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

*DILARANG TIDUR TIDAK BERBANTAL
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah

*MEMAKAI SARUNG KAKI (STOKIN)
Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

*Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun (uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.

*Mandi Duduk Di Bangku Ketika Mandi
hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

*Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.

*Jangan Terlalu Aktif.
Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

*Jangan Makan Ubi-Ubian.
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik.
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.

*Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah nifas.

*Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
**Cara Mandi Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

**Cara Berbaring / TidurTidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

**Lain-Lain Amalan Semasa BerpantangMemakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.Berbedak/berparam juga dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Monday 8 September 2014

Ku Rawat Sakit Mata Konjuktivitis Dengan Vitamin Shaklee

Bangun sahaja dari tidur pada waktu subuh hari jumaat yang lepas (5 September 2014),  mata kiri saya "melekat". Dalam hati kata, "sah kena penyakit mata Konjunktivitis". Bingkas bangun, terus tengok cermin "Sah!". Kejutkan suami "Bang, ayang tak pegi sekolah la hari ni. Terpaksa la ambik MC". Mau tak nya dijangkiti penyakit mata. Setiap hari masuk kelas nak mengajar, mesti ada sahaja pelajar yang sakit mata dan terpaksa minta izin untuk pulang dari sekolah lebih awal untuk mendapatkan rawatan.

Risau saya dibuatnya. Takut menjangkit pada anak-anak. Saya cepat-cepat capai Garlic complex. Telan 2 biji. Garlic Complex boleh bertindak sebagai antibodi semulajadi dalam tubuh. Sejak "berjodoh" dengan Vitamin-Vitamin Shaklee, tekak jadi tak "lalu" nak telan ubat-ubatan dari klinik..
 
Dari klinik saya dibekalkan ubat titis mata. Sebelum ni saya ada berbincang dengan kawan-kawan di sekolah... ubat apa yang paling mujarab untuk atasi masalah sakit mata? Mereka kata, yang paling baik ialah dengan meletakkan atau menitiskan beberapa titis air susu ibu ke mata yang dijangkiti Konjunktivitis.  kaedah ni pun saya cuba.

Balik dari klinik saya "memperkasakan" pengambilan vitamin Shaklee. Antara vitamin yang saya "wajibkan" diri untuk diambil sepanjang tempoh saya merawat diri sendiri ialah:
♥ Garlic Complex sebagai antibiotik
♥ Vivix untuk tingkatkan kesihatan mata
♥ DTX Complex untuk singkirkan toksin di hati yang menjadi penyebab masalah mata
♥ Caratomax untuk "rawatan" mata saya secara menyeluruh
♥ Vitamin C Sustained Release 553 mg untuk tingkatkan imunisasi badan dan bantu lawan virus dalam badan.

 Alhamdulillah, akhirnya pada hari Isnin 8hb.Sept.2014 saya dah pergi kerja. Mata dah tak merah. Walaupun pihak Pejabat Pendidikan Daerah mendapat arahan daripada JPN agar mengarahkan pihak pentadbir menyenaraikan nama guru-guru dan pelajar yang diserang virus penyebab masalah sakit mata Konjunktivitis, nama saya tidak disenaraikan untuk diberi cuti extra 5 hari ^_^. Sebab? Dah sembuh. Alhamdulillah.

Saya Pengedar Sah Shaklee di Sabah, kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Anda juga boleh menggunakan SID saya (868307) di mana-mana cawangan Shaklee untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebarang pertanyaan lanjut dan konsultasi, boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja (^_^)
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Rahsia Cantik, Sihat Luar dan Dalam
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat/Telegram: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com









































Monday 1 September 2014

Pengalaman Mencari Set Berpantang Yang Selamat AKhirnya Ku Temui Shaklee

BISMILLAH pembuka bicara. Saya mula mengenali produk Shaklee apabila membuat "research" sendiri tentang produk-produk yang SELAMAT untuk ibu yang berpantang ketika mengandungkan anak yang kedua iaitu Nur Syifa' Mardhiyyah dan tidak menyebabkan baby kena jaundis. Kegagalan saya menyusukan anak sulung saya Radhiatan Mardhiah dengan air susu ibu menyebabkan saya "trauma". Kerana kecetekan ilmu tentang penyusuan bayi, saya hanya sempat menyusukan anak sulung saya selama 2 minggu sahaja disebabkan mendengar "kata-kata" orang sekeliling yang saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan hakikatnya mereka juga cetek ilmu tetang kebaikan penyusuan ibu. Berhempas pulas saya mencari set yang paling selamat dan sesuai diamalkan bagi ibu yang mengandung dan berpantang. Alhamdulillah, akhirnya saya "dijodohkan" dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ambil Set Asas Shaklee sahaja terlebih dahulu. Sebulan sebelum berpantang saya amalkan Bcomplex, Vitalea dan Vitamin C SR Shaklee. 1 minggu sebelum bersalin saya amalkan ESP untuk bantu beri tenaga semasa proses meneran nanti. 



Sebenarnya ketika saya mengandung anak sulung, saya amalkan Set ibu hamil Salindah. Ramai kawan-kawan mencadangkan ambik produk ni. Kata mereka sangat sesuai untuk mereka, tapi mungkin saya tak "ngam" kot ngan produk ni. Lain orang lain penerimaan tubuh badan masing2 kan.

Overdue, darah dah keluar, keluar masuk wad dan air ketuban dah pecah, saya masih tak rasa sakit nak bersalin. Tanggal 3 Mei 2010, jam 11.30 malam, suami bertanya pada saya "ayang, ada rasa sakit nak bersalin?" "Teda pula rasanya bang". "oh, kalau macam jom tidur. rehatkan badan dulu. mana tau esok nak bersalin". 

Saat saya nak melabuhkan kepala ke bantal terasa kain batik saya basah. Nak kejutkan suami, timbul rasa kasihan. Dah berdengkur. Akhirnya, saya naik ke atas dan ketuk bilik adik perempuan saya yang juga baru menimang cahaya mata kedua pada bulan November 2009. Saya bagitahu pada adik saya Sheila, kain batik saya basah. Adik saya terus berkata "Nah, cepat. pegi hospital. air ketuban barangkali tu". Apalagi, masa tu emak dan arwah Daddy saya sedang menonton TV kelam kabut bersiap. Arwah Daddy saya yang mengejutkan suami saya yang sedang lena di bilik tingkat bawah. Sampai di hospital, nurse mengesahkan air yang keluar tu air ketuban, tapi bukaan serviks masih 2 cm. Saya ditahan sekali lagi. Memang tak rasa sakit nak bersalin. Esok pagi, nurse kata, kalau keluar hijau, baru inform semula pada mereka. Apalagi, kakak saya memarahi saya ketika dia menelefon saya "hijau tu tahi tu jannah. Takut baby lemas dalam perut". saya hampir dikejarkan ke hospital Swasta.

Nurse ada maklumkan saya, mungkin saya tidak akan dihantar ke hospital Likas. inshaALlah nurse kata mungkin petang nanti saya akan bersalin memandangkan air ketuban dah pecah.

Jam 12.45 tengahari saya sempat menunaikan solat zohor, sungguh pun darah dah keluar sikit-sikit dan kontraksi pun dah bermula selang-selang 15 saat. Saya solat di atas kerusi berdekatan dengan katil saya. Rasa baby dah turun sangat kat bawah. Suami telefon saya, dia bertanya saya nak kirim apa? jap lagi dia akan sampai di Hospital Papar. Saya berkirim Zingger Burger KFC. "aik, dah nak bersalin masih mengidam".

Sampai sahaja suami saya di wad bersalin dalam jam 1 lebih, saya dah berbaring atas katil secara meniarap. kaki di lantai. Rasa macam tak tahan sakit tu. Dalam hati saya berkata: "ni la mungkin tanda-tanda nak bersalin". Suami kata "abang tak sempat beli Zingger Burger. Abang beli Burger biasa jak. Sos pun abang tak suruh letak. Pedas. Ayang juga tak tahan pedas kan". Muncung mulut merajuk konon. hehehe ^_^. saya makan juga. Tapi tekak dah kembang sebab rasa tawar je burger tu. Paksa punya paksa makan juga le burger tu. Lama-kelamaan muntah semula. ooooo..Sakitnya bang... rasa masa tu perut dah memang memulas-mulas. 

Kawan saya di sebelah katil menggesa suami saya pinjam kerusi roda "cepat-cepat! dia dah nak berslin dah ni". Saya ditolak ke Labour Room. Akhirnya, saya selamat bersalin bayi perempuan seberat 2.93 kg pada jam 4.36 petang. "Wah, Tahniah Mama! Kita sama-sama sambut Hari Ibu. Selamat Hari Ibu". Masih terbayang-bayang wajahnya ketika dibersihkan oleh nurse-nurse yang menyambut kelahiran bayi sulung saya. Nurse kata "eee, bijaknya baby ni. Tengok. baru ja keluar matanya besar menengok umminya". Masa tu terlintas di hati bagi nama Radhiatan Mardhiah. Tetiba teringat ayat Al-Qur'an yang saya baca2 3 hari yang lepas sebelum saya bersalin. 

Aduih.. memang serik nak ambik Set Salindah. Mungkin tak sesuai untuk saya. Kawan-kawan saya ok juga pakai tu. Pengalaman bersalin anak pertama itulah menyebabkan saya berusaha mencari set berpantang yang lebih selamat, semulajadi dan tidak menyebabkan kesan jaundis pada anak saya yang kedua Nur Syifa' Mardhiyyah. Saya temui Set Berpantang Asas Shaklee. Bila rasa badan serasi dengan set ini, saya tambah pembelian produk Shaklee untuk penyusuan.
Panjang cerita saya, hehe. ^_^ Terima kasih sudi membaca coretan saya.


Jika anda berminat nak mendapatkan set Asas Berpantang Shaklee, anda boleh klik di link ini.

Saya Pengedar Shaklee di kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu dan Papar, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan produk Shaklee.  FREE CONSULTATION & SOMETHING SPECIAL untuk setiap pelanggan saya ^_^:
FB: Ummu Mardhiyyah
FB Page: Vitamin Syifa' e-Shoppe
SID: 868307
Call/SMS/Whatsapp/Wechat: 0138974397
email:ummumardhiah81.gmail.com

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



To be continued... ^_^ will update soon.


Meal Shakes Shaklee Buat Syifa' Tambah Selera Makan



Dimulakan dengan Bismillah pembuka bicara tentang Meal Shakes Shaklee Penambah Selera Makan. Nak tahu tak? Tak pernah lagi terjadi sebelum2 ini. Shaklee menawarkan sesuatu yang istimewa bulan September 2014. Beli 3 canister Meal Shakes Shaklee percuma 1 Meal Shakes yang bernilai RM103.75. Wow! Amazing kan?

Apa sebenarnya  Meal Shakes ni?


Anak2 saya kedua2nya puteri. Biasanya saya akan campurkan 1 scoop sehari dalam menu harian mereka.  Alhamdulillah hasilnya, anak saya jarang sembelit dan mempunyai selera makan yang baik. Terutama anak yang kedua Nur Syifa' yang masih menyusu badan. Sebab saya juga mengamalkan Meal Shakes setiap hari untuk tujuan tambah berat badan dan penyusuan ☺ Syifa' sangat berselera makan. Lepas makan nasi atau bubur. Dia nak menyusu. Selepas menyusu, saya akan minum ESP untuk bagi pekat air susu. Syifa' akan tumpang "segelas" juga minum ESP tu sekali dengan kudapan bIskut.  Nampak neneknya makan nasi, dia join sekali makan nasi duduk bersimpuh depan neneknya.

Gambar kat bawah ni gambar kedua2 puteri kesayangan saya. Yang sulung bernama Radhiatan Mardhiah dan yang kedua Nur Syifa' Mardhiyyah.





Siapa sebenarnya yang boleh ambik Meal Shakes Shaklee?

  1.  Pickey eaters (pemilih makanan) @ tiada selera makan
  2.  Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
  3.  Orang dewasa atau kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.
  4.  Warga tua.
  5.  Bermasalah menelan pil.
  6.  Mengalami morning sickness.
  7.  Ibu menyusu
Jom "layan" jap testimoni salah seorang pengguna Meal Shakes Shaklee.


Untung tau mengamalkan produk Meal Shakes Shaklee. InshaAllah dengan izinNya, pengambilan yang konsisten akan membantu sesiapa yang mengamalkannya diserang demam, dan selsema. Ini kerana Meal Shakes boleh membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan seseorang. Jom order sekarang ^_^. Jangan lepaskan peluang membeli dengan harga promosi bulan September hingga Oktober 2014 dengan pembelian beli 3 percuma 1. Nak Sharing beli? Jom pm saya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee atau ingin menjana pendapatan melalui perniagaan Shaklee, jangan malu-malu nak menghubungi saya;

FB : Ummu Mardhiyyah(SID:868307)

Pm inbox atau tulis diruangan comment atau

Sms/ whatsapp:  0138974397 😉 emailkan terus ke alamat ummumardhiah81@gmail.com :)

















































 
Full design blog:jiakreatifelt.com